Warga KKNC dijangkiti demam denggi

Oleh Nurul Zahidah A. Razak & Izyan Musfirah Mohammad Asri

Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC). - Foto Instagram @usimofficial

NILAI: Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) mencatatkan jumlah pelajar serta staf yang dijangkiti penyakit berjangkit akibat penularan wabak demam denggi yang berlaku pada 7 Disember 2021. 

Menurut Staf Pusat Kesihatan USIM, seramai 10 orang pelajar serta staf KKNC telah dimasukkan ke Pusat Kesihatan USIM akibat daripada demam yang berlarutan selama beberapa hari. Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat, terdapat dua orang iaitu pelajar dan staf KKNC yang disahkan demam denggi, manakala seramai 8 orang pelajar lain telah disyaki demam denggi.  

Berdasarkan pengalaman pesakit, Farah Zulkifli, 25, berkata, antara tindakan awal yang diambil oleh beliau setelah disahkan demam denggi berdarah adalah membuat pemeriksaan lanjut di hospital swasta, Nilai Medical Centre.  

“Saya dimasukkan ke wad hospital tersebut untuk dipantau oleh jururawat kerana doktor mengesahkan saya berada pada tahap yang kritikal,” katanya. 

Sementara itu, jelas Nur Aini Zakaria, 21, berkata antara simptom atau gejala awal yang dialami oleh beliau adalah demam panas yang berlarutan selama beberapa hari serta ruam merah pada keseluruhan badan. Tambahannya lagi, beliau juga mengalami gejala lain seperti muntah serta sakit sendi yang terlampau. 

Mengikut laporan yang dilaporkan oleh pesakit, penyebab utama mereka disahkan demam denggi kerana pembiakan nyamuk aedes yang tidak terkawal akibat daripada longkang yang tersumbat serta takungan air.  

Oleh itu, pihak KKNC mengambil tindakan dengan memanggil pihak kesihatan untuk melakukan semburan kabus yang merupakan semburan racun pembunuh aedes sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan wabak demam denggi di kawasan tersebut. 


Comments