Oleh Nabilah Fasihah Ahmad Yusoff & Najwa Zakirah Mohammed Salleh
|
Pelajar USIM beratur untuk mendaftar masuk di Dewan Tunku Canselor. - Foto Instagram @usimofficial NILAI: Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) merupakan salah satu fakulti di USIM bakal menjalankan pembelajaran secara hibrid bermula pada semester hadapan sebagai alternatif baharu. Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin berkata, bagi memastikan berlaku pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan Covid-19, sistem pembelajaran secara hibrid akan diadakan dengan sistem penggiliran kehadiran pelajar ke kelas dan penetapan had minimum untuk kelas bersemuka. Beliau berkata, memandangkan keperluan lebih mendesak bagi pelajar tahun 1 dan 2 untuk hadir ke kampus, maka keutamaan diberikan kepada mereka berbanding pelajar yang lain. “Data tinjauan yang dijalankan dalam kalangan pelajar mendapati lebih 80% bersedia untuk kembali ke kampus. Pelajar boleh mengikuti pembelajaran secara hibrid dari kampus kediaman jika bimbang untuk hadir secara bersemuka di dalam kelas kuliah,” katanya. Menurutnya lagi, tindakan yang diambil ini merupakan hasil keluhan sebahagian besar pelajar yang berhadapan kesukaran pembelajaran secara dalam talian yang tidak melibatkan interaksi sebenar di antara pelajar dan pensyarah serta rakan sepengajian. Penetapan bahawa hanya kehadiran pelajar ke kampus melibatkan 50% ruang sahaja. “Maklum balas daripada Majlis Perwakilan Pelajar USIM memaklumkan permintaan daripada majoriti pelajar menginginkan pembelajaran bersemuka, khususnya daripada pelajar tahun 1 dan 2 yang tidak berpeluang untuk menjalani pembelajaran di dalam kampus secara bersemuka,” katanya lagi. Difahamkan, pembelajaran secara hibrid merupakan keperluan kepada pelajar bagi sesetengah kursus untuk menyertai pembelajaran secara fizikal, serta pembelajaran luar kelas yang melibatkan kokurikulum dan pengukuhan kemahiran insaniah melalui aktiviti persatuan.
|
Sangat baik untuk dipraktikkan
ReplyDeleteHYBRID dapat kurangkan beban pelajar terutama yang ada kesukaran belajar di rumah. Sama ada dari segi masalah persekitaran, internet, gadget, kewangan atau pengurusan masa. Saya sokong sepenuhnya pembelajaran secara HYBRID.
ReplyDelete