Oleh Norshahila Shamsuddin dan Filzah Ahmad Tajuddin
Foto hiasan. - Foto Mynewshub |
NILAI: Pelajar
dari Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
memilih perkhidmatan prebet sapu sebagai pilihan utama pelajar bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelajar kerana tiada pengangkutan lain yang disediakan
di sini.
KKNC, kolej
kediaman yang terletak paling jauh daripada USIM berbanding kolej kediaman yang
lain tidak mempunyai pusat membeli belah, masjid dan kemudahan lain yang
disediakan di sekitarnya selain taman rekreasi.
Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Nur'ain Najihah Mohd Khir, 22, berkata beliau
selalu menggunakan perkhidmatan prebet sapu kerana tiada pengangkutan lain
sebanyak satu hingga tiga kali seminggu.
Selain itu,
pihak universiti pula hanya memperuntukkan sedikit sahaja penggunaan bas hanya
untuk kegunaan pelajar bergerak ke tempat pengajian pada hari bekerja dan pada
waktu lain mengikut jadual yang ditetapkan. Ini mendatangkan masalah kepada
sebilangan pelajar yang mempunyai hal dan perkara lain yang perlu diselesaikan
secara tiba-tiba atau kelas dibatalkan oleh pensyarah.
Menurut Wan
Nur Shofiyyah, 22, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia berkata, “Caj yang
dikenakan sesuai dan tidak terlalu tinggi sehingga membebankan para
pelajar.”
Sementara itu, seorang lagi pelajar USIM yang menetap di KKNC, Aminatun Solehah, 25, pula berkata, “Saya memilih perkhidmatan prebet sapu kerana tambangnya lebih murah.”
Kebanyakan
pelajar USIM memilih perkhidmatan prebet sapu kerana caj yang murah dan
mencadangkan agar memperbanyakkan perkhidmatan ini terutama pada waktu cuti
semester kerana ia memudahkan urusan pelajar untuk bergerak memandangkan
kebanyakan pelajar USIM tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Comments
Post a Comment