Oleh Huzaifah Ahammad & Kamal Musa
Pelajar-pelajar yang berada di kampus mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka. - Foto USIM
NILAI: USIM
perlu mengambil langkah lebih efektif dalam mengetatkan pengawasan dan
penjagaan bagi membawa masuk semula pelajar antarabangsa yang memerlukan kelas
secara hibrid pada semester 2021-2022 di Negeri Sembilan, Malaysia.
Menteri
Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Malaysia telah
mencatatkan kes pertama varian Omicron di sebuah universiti swasta bertempat di
Ipoh yang melibatkan seorang pelajar antarabangsa yang berasal dari Afrika
Selatan di dalam sidang media kelmarin.
“Kes telah
diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan
dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalankan kuarantin wajib di
penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh,” katanya dalam sidang
media kelmarin.
Berhubung
dengan penularan kes pertama yang berlaku di universiti tersebut, Naib Canselor
USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin telah mengambil langkah persediaan
drastik dengan memastikan pelajar antarabangsa melakukan ujian saringan tiga
hari sebelum berlepas ke Malaysia dan sekali lagi setibanya di pintu masuk
negara.
Tambahan
pula, universiti akan menyediakan tempat kuarantin khas untuk pelajar
antarabangsa yang akan pulang semula ke USIM.
Selain itu,
beliau juga mengambil langkah lain sebagai inisiatif pencegahan penularan
varian tersebut bagi menjamin keselamatan warganya di USIM.
“Semua
pelajar perlu memastikan sudah cukup divaksin baru dibolehkan masuk ke USIM,”
kata Prof Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin sebagai langkah bagi memastikan
keselamatan seluruh pelajar bagi memudahkan pembelajaran secara hibrid.
Comments
Post a Comment