Oleh Nurul Natasha Zuki & Nik Asiah Nik Hassan
Dr. Norita Md Norwawi menjelaskan kepentingan teknologi AI dalam program sains komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) yang bersiaran di channel YouTube USIMTV. - Foto NSTP/USIMTV
NILAI: Berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia semenjak Mac 2020 yang lalu, pihak pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia telah mencipta beberapa kemudahan teknologi atas talian seperti aplikasi Al-Jamiah Al-Mubarakah dan aplikasi TAS dalam berdepan norma baharu ini.
Penciptaan kedua-dua aplikasi ini adalah antara inisiatif pihak USIM dalam menyediakan kemudahan terhadap warga USIM terutamanya para pengajar dan pelajar dalam mengharungi norma baharu pembelajaran secara atas talian.
Dari aspek ini, keberkesanan teknologi ini sangat penting dalam menangani permasalahan yang berlaku. Dalam suatu program Sains Komputer yang membahaskan topik Keselamatan dan Jaminan Maklumat dalam siaran USIM TV baru baru ini, Profesor Dr. Norita Md Norwawi iaitu Profesor, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM telah berkongsi mengenai Teknologi kecerdasan buatan Teknologi AI (Artificial Intelligence) secara terperinci.
Menurut Profesor Dr. Norita Md Norwawi selaku Profesor, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM, “Teknologi kepintaran ini merujuk kepada kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan dikatakan buatan pula kerana ia bukan satu kepintaran asli yang ada pada manusia tetapi kepintaran yang kita tiru dan kita masukkan dalam mesin,” ujarnya dalam program tersebut.
Berdasarkan kecerdasan buatan teknologi ini, USIM telah menghasilkan suatu aplikasi mudah alih untuk kemudahan warga USIM iaitu Rangka Tindakan Universiti Pintar yang dinamakan Al-Jamiah Al-Mubarakah, yang membolehkan warga USIM mengakses sesuatu laman web secara atas talian seperti mengakses data peribadi, pencapaian akademik, e-buku, portal masjid dan perkhidmatan lain bagi kemudahan mereka dalam menjalani norma baharu sepanjang musim pandemik ini.
Rangka tindakan Al-Jamiah Al Mubarakah ini merangkumi 5 kluster dan 13 inisiatif untuk transformasi digital bagi menyokong operasi perniagaan di USIM dan pelan tindakan ini adalah berdasarkan 7 prinsip yang diambil daripada Pelan Strategik ICT (ISP) 2021-2025 yang berteraskan Maqasid Syariah, Revolusi Perindustrian, Berpusatkan Pelajar, Berpandukan Data, Sumber Terbuka, Tangkas dan Mobiliti dan Prosumerisme.
Dalam majlis konvokesyen USIM baru-baru ini, USIM memperkenalkan satu aplikasi yang dikenali sebagai aplikasi TAS untuk memudahkan dalam pengesahan ketulenan skrol graduan yang dikeluarkan oleh USIM dan aplikasi ini merupakan satu aplikasi mudah alih yang berasaskan teknologi blockchain iaitu teknologi baru yang dikembangkan untuk system penyimpanan data digital dan aplikasi ini juga merupakan usaha mencegah penipuan ijazah palsu bagi menjaga reputasi dan integrity sijil akademik sesebuah universiti.
Teknologi ini merupakan salah satu teknologi AI dan bagi memastikan ketulenan dan keselamatan aplikasi TAS USIM ini, pihak USIM berkerjasama dan menggunakan system Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) supaya aplikasi yang telah dibangunkan oleh USIM ini mampu ditempatkan oleh mana-mana agensi kerajaan secara berpusat sebelum dimuat naik dalam Gedung Play.
USIM sedia berkhidmat demi kepentingan dan keperluan warga USIM dari pelbagai sudut aspek sama ada dalam bidang pendidikan, perniagaan, pertanian dan lain-lain perkhidmatan dengan menyediakan pelbagai kemudahan teknologi bagi memastikan keselesaan warganya dalam menjalani kehidupan norma baharu dimana kebanyakan aktivitinya dilaksanakan secara atas talian.
Comments
Post a Comment