Gambar hiasan. - Foto Google |
SINGAPURA: Individu yang mengambil suntikan vaksin diberi kelebihan yang menguntungkan berbanding individu yang menolak vaksin kerana individu ini menentang hak asasi manusia, kelmarin.
Kita tidak hidup secara bersendirian akan tetapi kita tinggal dalam komuniti yang memerlukan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jadi, tidak hairanlah vaksin dianggap sebagai hak asasi manusia.
Kerajaan telah memperketatkan pergerakan terhadap individu yang enggan menerima vaksin. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), mereka yang belum divaksin tidak dibenarkan memasuki premis awam seperti restoren dan kafe di bawah langkah kawalan baru mengikut status vaksin.
Menurut MOH, individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin dikehendaki menanggung kos perubatan mereka sendiri sekiranya dijangkiti wabak COVID-19. Manakala bagi individu yang telah menerima dos pertama kerajaan akan menanggung kos rawatan sehingga 31 Disember supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan kesemua dos vaksin.
Bagi mereka yang ragu-ragu terhadap vaksin COVID-19, kerajaan telah menyediakan satu inisiatif untuk menarik minat mereka dengan menawarkan diskaun baucar galak vaksinasi. Sebanyak 28 syarikat termasuk firma perkongsian kereta elektrik BlueSG serta syarikat-syarikat kosmetik menawarkan potongan harga bagi pelanggan yang sudah divaksinasi.
Pelanggan yang hendak menebus tawaran potongan harga dan promosi di 28 perniagaan yang terlibat perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi COVID-19 mereka.
Kerajaan berkata, faedah tersebut bertujuan untuk mendorong lebih ramai orang supaya mendapatkan suntikan dan bukan bersifat diskriminasi.
Comments
Post a Comment