53% belia sudah menerima dos penggalak

Oleh Nurul Amirah Abdul Ghani & Siti Nurulatikah Nasokah

Statistik perkembangan pemberian dos penggalak di setiap negeri di Malaysia. - Foto Facebook Jabatan Khas Jaminan Akses Vaksin Bekalan Vaksin (JKJAV)

NILAI: Negeri Sembilan mencatatkan hampir 53% belia di kalangan umur 18 tahun keatas yang sudah menerima dos penggalak setakat Januari ini.

Laman web rasmi kerajaan Malaysia, COVIDNOW melaporkan seramai 439,957 orang penduduk Negeri Sembilan telah menerima dos penggalak di mana separuh daripada mereka ialah belia yang berumur dalam lingkungan 18 tahun keatas.

“Saya menganggarkan 10 juta dos penggalak akan diberikan kepada rakyat kerana kerajaan akan mempertingkatkan usaha supaya lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak”, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Pada awal Januari yang lalu, Universiti Sains  Islam Malaysia (USIM) memutuskan untuk melakukan kelas secara hibrid antaranya untuk pelajar daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengikut kategori-kategori yang ditetapkan bagi semester akan datang.

Kelas hibrid dijalankan dengan harapan dapat membantu pelajar lebih fokus dan meningkatkan pencapaian akademik mereka yang lebih baik di masa akan datang di samping menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Islam Malaysia, USIM, Dr. Mohd Hafiz Jaafar berkata, "Dos penggalak Covid-19 ini adalah perisai untuk badan kita daripada mendapat jangkitan yang teruk."


Oleh itu, pelajar disarankan untuk segera mendapatkan janji temu vaksin Covid-19 di klinik kesihatan berdekatan agar usaha USIM untuk menjalankan PdP secara fizikal dapat direalisasikan.



Comments