NILAI: Konsert Rhythm of Soul 3.0 yang diadakan semalam bertempat di Dewan Tuanku Canselor pada 8 Disember 2021 bermula pada pukul 8:30 malam bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-15 (iCEPS15) adalah salah satu inisiatif di bawah mahasiswa tahun empat Fakulti Ekonomi Dan Muamalat di bawah kempen Charity bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-15 (iCEPS15).
Pengarah iCEPS15 Mohamad Fathi Amin berkata,“iCEPS adalah event tahunan yang dianjurkan oleh pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM bertujuan sebagai salah satu medium dan kaedah pembelajaran untuk menghadapi industri sebenar, cara menguruskan event dan aplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas”.
Suasana dalam Dewan Tuanku Canselor ketika konsert amal berlangsung -Foto: Siti Nur Hamizah Sallehddin
Kerjasama seratus peratus daripada mahasiswa dan pihak universiti sendiri untuk mempromosikan konsert ini membuahkan hasil kerana kira-kira 1000 pelajar dan orang awam turut membanjiri majlis di Dewan Tunku Canselor semalam untuk menyaksikan konsert amal ini menerusi pembelian tiket dalam talian mahupun ‘walk-in’.
Sambutan yang luar biasa daripada peminat dan pelajar USIM menyebabkan jualan tiket di dalam talian dan secara ‘walk-in’ habis dijual tidak sampai 5 jam bermula dengan harga RM 6O bagi VIP dan RM 25 harga tiket biasa sehingga membuatkan Dewan Tuanku Canselor padat dengan kehadiran penonton semalam.
Walau bagaimanapun, sebahagian hasil jualan tiket konsert ini akan diberikan kepada badan kebajikan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai (PKPN) dengan harapan sumbangan ini mampu mengurangkan beban mereka yang memerlukan.
Menampilkan barisan selebriti tersohor negara, antara nama-nama besar selebriti tanah air yang terlibat Ella, Inteam, Ezad Lazim, Naim Daniel dan Wani Syaz, yang pasti program hiburan di samping beramal. Ditambah seri lagi Zack Merican sebagai pengacara majlis untuk Konsert Amal ini sudah pasti menambahkan lagi kemeriahannya.
Demi memuaskan hati penonton, Ella turun dari pentas menyapa peminat -Foto: Siti Nur Hamizah Sallehddin
Selain bijak menarik peminat menerusi lantunan vokal, Ella juga handal berceloteh dengan gaya bersahaja dan spontan bersama peminatnya. Begitu juga dengan barisan selebriti yang lain. Konsert dimulakan dengan nyanyian daripada Naim Daniel dengan tajuk lagunya Sumpah dan diakhiri dengan persembahan daripada Ezad Lazim dengan tajuk lagunya Demi Cinta.
Cukup berdiri seorang di atas pentas, itu sudah menjadi daya tarikan paling kuat penonton ketika menyaksikan persembahan Ezad Lazim -Foto: Siti Nur Hamizah Sallehddin
Objektif konsert ini tercapai dengan sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar USIM dan penduduk sekitar Nilai, bukan sahaja berjaya melengkapkan projek tahun akhir pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat tetapi dapat membantu masyarakat sekeliling.
Harapan dari pihak penganjur bukan sahaja anda yang hadir dapat berhibur dengan persembahan-persembahan yang memukau, malahan dapat juga mengambil mutiara- mutiara yang bermanfaat dari penyampaian itu selain daripada dapat membantu insan yang sangat memerlukan ketika ini.
Comments
Post a Comment