KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga tempatan, Nur Atiqah Zamri, 19, berkongsi sebuah foto miliknya di laman sosial media Facebook baru-baru ini yang mengalami masalah kulit muka akibat memilih produk kosmetik palsu telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutama dari pengguna laman sosial media Facebook.
Menurut Nur Atiqah Zamri, menerusi laman Facebook miliknya, beliau berkata, “Saya telah menggunakan produk palsu ini lebih kurang sebulan, hasilnya sangat mengecewakan."
Katanya lagi, “Bukan sahaja saya mengalami masalah pada kulit muka tetapi saya turut mengalami masalah dalaman seperti alahan dan muntah-muntah."
Beliau juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih produk kosmetik agar perkara yang tidak diinginkan berlaku.
Sememangnya, produk kosmetik palsu mengandungi racun berjadual serta bahan kimia yang berbahaya seperti Merkuri dan Tretinoin yang kesannya akan merosakkan permukaan kulit.
Peratusan wanita lebih cenderung untuk membeli produk kosmetik palsu dibandingkan produk kosmetik asli atas faktor murah dan mampu dimiliki tanpa melihat kepada kesan buruk kepada kesihatannya.
Bagaimanapun, lebih dikhuatiri adalah produk kosmetik palsu bukan sahaja memberi kesan sampingan seperti merosakkan permukaan kulit bahkan ia akan memberi kesan buruk kepada organ dalaman manusia.
Comments
Post a Comment