Sesi akademik 2021/2022 bagi pengambilan pelajar baharu Program Tamhidi USIM akan dijalankan secara dalam talian. - Foto Instagram @usimofficial |
NILAI: Platform ICT (Information and Communication Technology) menjadi sumber utama kepada mahasiswa USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di mana ia merupakan tonggak utama dalam membantu mahasiswa untuk menjalani pembelajaran atas talian agar lebih holistik.
USIM telah mengadakan sesi taaruf secara dalam talian bagi pelajar baharu ambilan Program Tamhidi bagi sesi akademik 2021/2022 pada September lalu.
Pembelajaran atas talian ini diimplementasikan sebagai prakarsa kedua pihak USIM bagi menjamin pelajaran mahasiswa USIM berjalan dengan lancar.
Menurut Nur Ain Nabilah Binti Fauze, 19, pelajar Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains berkata cabaran yang dihadapi beliau ketika menggunakan platform ICT semasa pembelajaran atas talian ialah beliau kurang mahir menggunakan ICT kerana ia merupakan tamparan baru yang harus diberi penekanan dalam penggunaannya.
“Perkara ini membuatkan sesetengah pelajar dapat menerima input pembelajaran sepenuhnya semasa kelas berlangsung oleh sebab menjadikan platform ICT sebagai sumber utama,” katanya.
“Cara untuk menyesuaikan diri menggunakan platform ICT semasa tempoh pembelajaran atas talian ketika ialah ketika masa lapang saya sering melayari video di YouTube dan mencari ilmu baharu berkaitan keistimewaan ICT,” tambahnya lagi.
Katanya lagi “Walaupun memerlukan usaha yang keras, saya akan memastikan kemahiran ICT berkembang dalam diri supaya dapat menjalani pembelajaran atas talian dengan kondusif.”
Comments
Post a Comment