Penerima Sinovac paling tinggi kategori 4,5

Oleh Qurratu Ain Naqiyah Lailee & Nur Fatihahtul Natassha Abdul Arzin

Kemasukan pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini semakin bertambah dalam kalangan warga emas.
(Gambar Hiasan) - Foto AWANI

SUNGAI BULOH: Kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh adalah antara pesakit dalam kategori empat dan lima COVID-19 yang menerima vaksin jenis Sinovac. 

Menurut perkongsian seorang jururawat yang bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, SN Nurul Aishah Hussen, berkata disebabkan itu, hospital kini sesak dengan pesakit-pesakit COVID-19 dari kalangan individu yang telah lengkap dua dos dan yang paling tinggi adalah mereka di kalangan penerima vaksin jenis Sinovac. Jadi, dos penggalak diberikan kepada penerima vaksin Sinovac kerana jangka masa vaksin Sinovac ini lebih pendek berbanding jenis vaksin yang lain.

“Keadaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini kebanyakan golongan warga emas adalah golongan yang paling tinggi dan juga untuk kes ibu mengandung kini telah berkurang. Jadi, penerima vaksin Sinovac perlu mengambil dos penggalak sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kes COVID-19 ini tular ke seluruh negara,” katanya.

“Peratusan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0 peratus, akan tetapi warga emas lebih tinggi peratusan yang dimasukkan ke ICU kemungkinan disebabkan 'comorbid' iaitu mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes mellitus, jangkitan paru-paru dan sebagainya”.

Manakala menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata data kemasukan setiap minggu untuk kes COVID-19 di Hospital Sungai Buloh menunjukkan peningkatan yang kurang memuaskan terutamanya data bagi penerima vaksin Sinovac. Berkemungkinan ini menunjukkan keberkesanannya lebih rendah berbanding dua jenis vaksin iaitu Pfizer dan Astrazeneca.

Penerima vaksin bagi jenis Sinovac adalah paling tinggi dengan mencatatkan sebanyak 165 orang. Pesakit kategori empat dan lima bagi vaksin jenis AstraZeneca juga meningkat pada peringkat yang tidak terlalu kritikal iaitu sebanyak 12 kes. Manakala vaksin jenis Pfizer pula menunjukkan peningkatan kemasukan pesakit kategori empat dan lima sebanyak 24 kes. Oleh sebab itu, semua rakyat bertanggungjawab untuk mengambil vaksin segera agar dapat mengurangkan penularan COVID-19 di negara kita.

Difahamkan, pemberian dos penggalak telah berlangsung dan diberikan keutamaan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan juga petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) terlebih dahulu. Pemberian dos penggalak ini boleh dibuat secara walk-in atau membuat temujanji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau pusat kesihatan yang terlibat.

Rakyat juga digalakkan untuk mengambil dos penggalak yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani penularan wabak COVID-19 dan bersama-sama mengambil inisiatif dalam mencegah COVID-19. Rakyat perlu mengambil dos penggalak ini sebagai langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari merawat’. 



Comments