Oleh Nurul Syairah Abdul Latif & Siti Zulaika Md Kamaruzi
Pelajar sedang menduduki peperiksaan akhir di Dewan Tunku Canselor, USIM. - Foto USIM |
NILAI: Enam tips persediaan menghadapi peperiksaan akhir secara maya khususnya bagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 31 Januari 2022.
Persiapan peperiksaan amat penting bagi setiap pelajar. Oleh itu, niat perlu diperbetulkan sebelum menghadapi peperiksaan. Sandarkan niat belajar kerana Allah SWT bukan kerana hanya mahu lulus.
Suasana yang tenang dan pencahayaan yang cukup juga perlu dititikberatkan. Persekitaran yang positif dapat menjadikan pelajar lebih fokus dalam mengulangkaji pelajaran.
Pelajar perlu mengurangkan masa menggunakan media sosial dan merancang jadual pembelajaran dengan rapi agar masa yang ada tidak digunakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Dengan ini, pelajar dapat gunakan lebihan masa yang ada untuk belajar dengan lebih efektif.
Belajar secara berkumpulan, ia bukan sahaja dapat membantu kawan yang kurang mahir, malah dapat meningkatkan pemahaman dan daya ingatan. Jangan kedekut ilmu! “Saya berpegang kepada prinsip 'Jika saya bantu orang lain, maka Allah akan bantu saya dalam memudahkan urusan pembelajaran',” kata Profesor Madya Dr. Azlan Shaiful Baharum, yang mana beliau merupakan seorang pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di USIM.
Sebelum menjawab soalan peperiksaan, kemaafan dan keberkatan daripada ibu bapa juga sangatlah penting. Sabda Nabi SAW, “Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Setelah tamat peperiksaan, sebagai seorang hamba Allah perlulah berdoa dan menyerahkan segala ketentuan kepada Allah serta menerima segala keputusan dengan redha. Yakin dan percayalah bahawa setiap perkara yang Allah tentukan untuk makhluknya adalah yang terbaik.
Comments
Post a Comment