Mahasiswa FSU USIM mendapat pengiktifaran LPQB chamber tanpa CLP

Oleh Nik Muhammad Aizat Nik Ramani & Muhammad Lutfi Rahman Mohd Soti

Salah seorang mahasiswa FSU yang telah diberikan pengiktirafan LPQB. - Foto Alumni FSU


NILAI: Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat pengiktirafan daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB) untuk “Chambering” tanpa perlu menduduki Sijil Amalan Guaman iaitu CLP bermula pada 19 Mei 2021.

Afiq Adnan, 22, yang merupakan mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang tahun 3 berkata sebelum ini mahasiswa FSU perlu menduduki CLP sebelum dibenarkan Chambering untuk bergelar seorang peguam. 

Menurutnya lagi, “Chambering ini adalah tempoh latihan dalam kamar yang perlu dilalui oleh seorang pelatih (pupil) di mana-mana firma guaman yang telah beramal selama 7 tahun ke atas serta ia juga merupakan latihan kepeguaman di bawah seorang master berkenaan dengan kerja undang-undang selama 9 bulan yang kebiasaanya tidak dapat sewaktu belajar dan tidak terkandung di dalam buku dari sudut aplikasi."

Bagi sesetengah mahasiswa FSU, mereka beranggapan bahawa CLP menjadi halangan kepada graduan undang-undang kerana CLP mengenakan bayaran yang tinggi dan memakan masa yang lama untuk mereka bergelar seorang peguam justeru memberikan tekanan kepada lepasan baru selepas menamatkan pengajian. 

Menurut Farisha Rahim, 25 yang merupakan alumni FSU berkongsi pendapat “Pada saya bagi mereka yang terus ingin memulakan chambering selepas tamat pengajian mereka harus cuba buktikan yang anda layak pada pihak majikan dalam tempoh latihan industri, mencari firma yang sesuai dan master yang sesuai perlu diambil kira. Berada di luar tidak sama seperti kita berada di dalam kalangan mahasiswa. Hal ini kerana, dalam hal pekerjaan kita harus cuba untuk memenuhi cara master kita berfikir berkenaan sesuatu kes."

Selepas pengiktirafan ini, graduan yang telah menamatkan pengajian mereka dalam peringkat ijazah, membolehkan mereka untuk terus chambering di sesebuah firma tanpa perlu menduduki CLP. Selain itu, pelbagai reaksi positif yang dikongsikan bersama oleh alumni yang telah tamat pengajian 2018 ke atas berkenaan chambering di sesuatu firma guaman tanpa menduduki ujian CLP.

Melalui kelulusan yang telah diisytiharkan oleh Lembaga Kelayakan ini juga turut memberikan perasaan amat lega kepada mahasiswa FSU dengan pengiktirafan LPQB ini yang mana ia dapat memudahkan proses bagi mereka untuk menjadi seorang peguam lebih-lebih lagi pada waktu sukar pada masa kini.



Comments