Oleh Muhammad Aiman Ismail dan Iqbal Shafiq Ibrahim
Penggunaan telefon dengan betul boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. - Foto hiasan (Google)
NILAI: Pengalaman berada di kolej Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam tempoh yang lama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 membuatkan seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Adam Fahmi Bin Ramly, 21, menjadikan panggilan telefon sebagai pengubat rindu kepada keluarganya yang berada di Kampung Tiong, Gua Musang, Kelantan.
Adam yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam berkata, ini kali pertama pengalaman beliau terpaksa duduk di kolej dalam tempoh yang agak lama, ini kerana dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang diberi.
"Saya dan beberapa rakan yang lain terpaksa tinggal di kolej walaupun ramai pelajar yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing, ini kerana saya perlu menyiapkan beberapa tugasan tambahan pula saya memegang jawatan sebagai Pengerusi Exco Pembangunan Kepimpinan Nadi Thaqafah."
‘’Kalau diikutkan emosi memang tidak akan stabil, tapi bila memikirkan amanah dan kerja yang telah diberi, saya perlu menghadapinya dengan sabar."
‘’Ibu kerap menghubungi saya dan selalu mengingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan, dia agak bimbang akan keadaan saya tambahan pula kes COVID-19 baru merebak ketika itu,’’ katanya.
Adam anak kedua dari 6 orang adik beradik berkata, dia sangat bersyukur walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, dia tetap dapat melakukan solat secara berjemaah bersama rakannya yang lain di kolej.
Sementara itu, Adam yang kini sedang mengikuti pembelajaran secara atas talian di rumahnya memberitahu bahawa pengalaman tersebut banyak mengajar beliau supaya menghargai setiap detik bersama ahli keluarga yang tersayang.
Beliau berharap agar wabak ini segera berlalu agar dapat menjalani kelas secara bersemuka seperti biasa.
Comments
Post a Comment