Pandemik COVID-19 lahirkan “Studentpreneur”

Oleh Aida Haziqah Abd Latib & Anis Aida Mohd Zawawi

Nor Syamiera (kanan) bersama stok baru dari kosmetik Mary Kay, manakala Nor Hijrah (kiri) bersama produk Shaklee. - Foto Syamiera dan Hijrah

NILAI: Pandemik COVID-19 yang tiada kesudahan menjadi titik permulaan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraih pendapatan ribuan ringgit dalam masa sebulan sebagai studentpreneur yang menjalankan perniagaan melalui platform digital.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terlalu lama menyebabkan mahasiswa USIM mula menjalankan perniagaan secara atas talian kerana rasa bosan dan pendapatan ibu bapa yang terjejas. 

Nor Syamiera, 23, mahasiswa USIM mula merasa bahawa beliau perlu memulakan perniagaan bagi menampung sara hidup sebagai seorang penuntut di universiti tanpa membebankan ibu bapanya.

Memulakan perniagaan kosmetik Mary Kay pada tahun 2020 dan mampu meraih RM1300 dalam masa sebulan dengan gaji bersih. Anggaran gaji bagi tahun tersebut mencecah hampir RM 6000 setahun.

Antara pencapaian yang dicapai oleh Nor Syamiera, menjadi team builder dalam Mary Kay yang menawarkan pelbagai ganjaran hebat serta dapat menghadiri konvo “Red Jacket University” iaitu graduasi sebagai beauty consultant bebas yang diadakan secara atas talian.

Menyedari peluang perniagaan ketika pandemik COVID-19,  Nur Hijrah binti Ismail, 23, yang merupakan pengedar  produk Shaklee dan juga merupakan mahasiswa USIM yang memulakan perniagaan dalam talian semenjak pandemik COVID -19 melanda  dalam negara bagi menampung pengajian dan membantu keluarganya yang bukan berlatar belakang orang yang senang sehingga mampu meraih pendapatan sebanyak RM 2000 hingga RM 3000 sebulan dengan menggunakan pelbagai platform media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook bagi memperkenalkan perniagaan beliau.

"Alhamdulillah banyak pencapaian yang saya perolehi dari memulakan perniagaan secara digital melalui produk Shaklee antaranya berjaya menjadi Senior Supervisor dan Effective Business Leader yang merupakan kejayaan yang paling besar untuk saya," kata Hijrah 

Dalam ke arah mencapai kejayaan sedemikian, antara cabaran yang dikongsi oleh usahawan mahasiswa ini antaranya kurang sokongan dari kawan-kawan rapat, perlu bersaing secara kritis dengan peniaga-peniaga lain dalam mempromosikan produk yang dijual dan terpaksa melayan ragam pelanggan untuk memuaskan hati pelanggan, juga dari aspek pengurusan masa dalam membahagikan tugas kuliah dan perniagaan. Namun atas prinsip yang teguh tidak mematahkan semangat mereka dalam menempuh cabaran yang mendatang dalam bidang perniagaan sehingga meraih apa yang mereka impikan. 

Sehingga kini, usahawan mahasiswa ini masih aktif menjalankan perniagaan mereka dan berharap agar lebih ramai mahasiswa menceburi bidang ini kerana ia membuka peluang dan ruang untuk lebih maju ke hadapan.

Comments