Gambar hiasan. - Foto Google |
WELLINGTON: New Zealand mengumumkan pelan larangan merokok secara berkesan, dengan menaikkan kadar had umur yang dibenarkan untuk membeli produk tembakau secara berperingkat.
Susulan dengan peningkatan jumlah perokok di New Zealand, pemerintah negara tersebut telah mengambil keputusan untuk melarang golongan muda untuk membeli rokok dan akan mewujudkan undang-undang yang berkaitan dengan tembakau.
Ketika ini, New Zealand telah menyekat penjualan rokok terhadap mereka yang berumur dibawah 18 tahun dan akan menguatkuasakan undang-undang yang melarang mana-mana individu yang lahir selepas tahun 2008 membeli rokok atau produk tembakau seumur hidup mereka pada tahun depan.
Menteri Kesihatan Bersekutu, Dr. Ayesha Verall mengatakan bahawa tindakan berikut diambil bagi mengekalkan negara New Zealand sebagai pelopor global dalam usaha menyekat tembakau. Malah, tindakan tersebut dapat memberi kesedaran terhadap perokok bawah umur.
"Ini adalah hari bersejarah untuk kesihatan rakyat kita. Merokok masih menjadi punca utama kematian yang boleh dielakkan di New Zealand, malah adalah satu daripada empat penyebab penyakit barah," katanya.
“Tabiat merokok membunuh kira-kira 4,500 hingga 5,000 orang setiap tahun di New Zealand dengan kira-kira 12 hingga 13 kematian setiap hari akibat merokok atau terdedah kepada asap rokok,” tambahnya.
Pengumuman yang dilontarkan itu diterima baik oleh pelbagai pihak seperti golongan doktor dan pakar kesihatan lain dari negara ini. Ini bertujuan bagi mengurangkan jumlah pesakit yang berpunca daripada masalah rokok di negara tersebut.
Comments
Post a Comment