Microsoft Teams permudah proses pengajaran dan pembelajaran

Oleh Nur Nizatul Ariffah Mohd Jumat & Farah Nurzahidah Muhammad Said

Microsoft Teams menyediakan pelbagai aplikasi dan platform dari pelbagai fungsi dan bidang untuk kegunaan pengguna. - Foto Cikgu dan Inovasi blogspot

NILAI: Penggunaan Microsoft Teams merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dimana ia menjadi platform utama yang mempermudah proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian ekoran pandemik COVID-19 yang melanda di negara ini semenjak tahun 2020.


Penggunaannya dalam kalangan warga USIM sejak Mac 2020 telah membuka ruang para mahasiswa agar lebih celik IT sekaligus meneroka pelbagai fungsi Microsoft Teams antaranya ialah kelebihan ruang simpanan tanpa had. Pengguna tidak perlu menggunakan pemacu pena bagi menangani isu penstoran yang berlebihan dan memudahkan sesuatu kerja dilakukan dan dapat menjimatkan masa.


Penggunaan Microsoft Teams juga mempunyai fungsi ‘berbagi layar’ dimana pensyarah boleh mengajar dengan berkongsi paparan skrin mereka dan dalam masa yang sama berkongsi suapan video kamera kepada para pelajar. 


Nik Nur Athirah, 25, yang merupakan mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang mengambil subjek Bahasa Mandarin berpendapat fungsi ini sangat membantu para pelajar subjek Mandarin dalam mempelajari dan memahami dengan jelas di dalam kelas.


“Fungsi ‘split screen’ ini membantu sesuatu kerja dijalankan dalam sesuatu masa. Jadi, dalam kelas ia sangat membantu pelajar belajar sambil melihat nota subjek Mandarin dan pada masa yang sama mendengar penjelasan pensyarah ketika kelas berlangsung,” katanya.


Latihan juga boleh disampaikan terus oleh pensyarah melalui ‘assignment’ setelah pembelajaran selesai. Ia bertujuan agar pelajar dapat memahami dengan baik apa yang telah diajar pada hari itu dan seterusnya melatih disiplin pelajar agar menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.


Pembelajaran melalui Microsoft Teams ini sangat bermanfaat bagi mahasiswa dan mahasiswi, pensyarah dan dunia pendidikan, khususnya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sendiri. Oleh itu, aplikasi ini diharapkan mampu meningkatkan pembelajaran jarak jauh dengan lebih efektif dan efisien.



Comments