Oleh Siti Aisah Ismail & Amirah Zulkeflee
NILAI: Muhammad Zaki Hamidi, seorang mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama, semalam, menceritakan pengalaman beliau sendiri mengenai bahaya apabila berhampiran dengan persekitaran orang-orang yang merokok.
Mahasiswa USIM, Muhammad Zaki Hamidi, 21, berkata, punca seseorang terjebak dalam gejala merokok, boleh dikatakan puncanya yang paling jelas dari sudut pengaruh rakan sebaya.
“Sebab saya sendiri yang mengalami pengalaman yang mana kawan saya sendiri yang terjebak dalam gejala merokok kerana berada dalam kalangan kawan- kawan yang merokok dari aspek pengaruh kawan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, rokok bukan saja mendatangkan keburukan dari sudut kesihatan malah ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan disebabkan baunya yang kuat dan busuk.
Muhammad Zaki Hamidi menegaskan, tabiat merokok juga adalah faktor utama kepada risiko berlakunya penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk.
“Bagi pengalaman saya sendiri, saya pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru akibat dari asap rokok, dan jangkitan kuman itu masih memberi kesan kepada kesihatan saya dan cara saya bernafas walaupun sudah sembuh sekarang ini," ujarnya.
“Gejala ini bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok malah ia juga memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling mereka, bukan dalam jangka masa pendek sahaja bahkan akan memberi kesan dalam jangka masa panjang disebabkan asap rokok sekunder," ujarnya lagi.
Sambungnya lagi, cara mengatasi gejala merokok adalah elakkan berada dalam persekitaran orang-orang yang merokok dan haruslah berusaha untuk terus berhenti dari gejala merokok ini.
Tidak dinafikan bukan mudah membuang ketagihan merokok, apatah lagi mahu berhenti dan membuang tabiat itu meskipun tahu kesan buruk bakal ditanggung.
Justeru, keputusan terbaik untuk kesihatan adalah berhenti merokok dan janganlah sesekali mencuba untuk merokok.
Comments
Post a Comment