Antara alat telekomunikasi yang digunakan oleh pelajar semasa pembelajaran dalam talian. - Foto USIM |
NILAI: Penggunaan alat telekomunikasi pada hari ini menjadi watak utama dalam sektor pendidikan kepada pelajar di seluruh dunia terutamanya warga USIM dalam mengharungi pembelajaran dalam talian sejak tahun Mac 2020.
Majoriti pelajar seluruh dunia terpaksa menggunakan alat telekomunikasi berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19. Malaysia juga tidak ketinggalan kerana menurut salah seorang pelajar USIM, Amirah binti Zainudin, 22 tahun, beliau terpaksa menggunakan telefon bimbit ataupun komputer riba semasa menghadiri kelas dalam talian.
“Saya dapat menghadiri kelas dalam talian tanpa gangguan dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan pantas kerana adanya alat telekomunikasi yang baik,” kata Amirah lagi.
Bagi tenaga pengajar USIM pula mereka mempunyai peluang untuk berhubung dengan pelajar melalui platform pembelajaran di USIM seperti GOALS dan MOOCS. Para pensyarah juga dapat menyampaikan kuliah mereka dengan merakam dan memuat naik video di Youtube.
Namun begitu, alat telekomunikasi menggunakan bateri yang banyak kerana setiap hari pelajar perlu menghadiri kelas dalam talian. Menurut Nurul Latifah Binti Mohamad Ghazi, 23 tahun yang juga salah seorang pelajar USIM, beliau terpaksa bergilir-gilir mengecas telefon bimbit ataupun komputer riba selepas menggunakan kedua-duanya semasa menghadiri kelas dalam talian.
Selain itu, pelajar juga mula hilang fokus semasa kelas kerana kedudukan tetap di hadapan PC dan sering melihat skrin komputer menyebabkan gangguan sakit mata. “Pelajar juga sukar memahami topik yang dipelajari dengan baik kerana tidak dapat penerangan secara terus daripada pensyarah,” kata Nurul Latifah lagi.
Secara keseluruhannya, penggunaan alat telekomunikasi pada musim pandemik terutamanya dalam sektor pendidikan adalah sangat penting untuk pelajar bagi menghadiri kelas secara dalam talian.
Comments
Post a Comment