Oleh Nurhamidah Ismail & Muna Izzah Zakaria
Rombongan lebih kurang seramai 40 orang sedang berarak sewaktu majlis perkahwinan. - Foto Firdaus bin Abdullah |
KELANTAN: Keluarga bersetuju untuk melaksanakan dua majlis perkahwinan iaitu majlis pernikahan dengan majlis menyambut menantu dalam satu masa pada 12 Jun 2021 bertempat di RKT Kesedar Paloh 3, Gua Musang.
Berdasarkan adat melayu di Malaysia, adat menyambut menantu bertujuan menjamin dan memastikan hubungan silaturahim di antara keluarga kedua-dua pengantin terjalin dengan eratnya. Kebiasaannya adat ini diadakan dua atau tiga hari selepas persandingan yang berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Pengantin perempuan Norsuhada Maisaharah Mustafha, 22, berkata, keluarganya bersetuju untuk mengadakan majlis menyambut menantu dilaksanakan agak lewat dan dilaksanakan dengan majlis pernikahan ibu saudara suaminya, Siti Nor Ziana Samsudin, 26, yang berlangsung pada 12 Jun 2021 iaitu setelah dua bulan lebih selepas majlis persandingannya berlangsung pada 27 Mac 2021.
Katanya, kos majlis perkahwinan serta majlis menyambut menantu mempunyai anggaran dalam RM8000 sahaja termasuk jamuan untuk tetamu, pakej pelamin dan juga upah jurugambar. Manakala, anggaran jemputan tetamu seramai 150 orang.
Menurutnya lagi, perkahwinan di usia muda tidak salah, malah digalakkan pada zaman sekarang yang penuh dengan rintangan tetapi pasangan berkenaan perlu bersedia dari segi fizikal dan rohani serta pandai merancang strategi untuk masa hadapan demi menjaga kebahagiaan diri serta masyarakat setempat.
“Berkahwin muda juga dapat mengelakkan berlakunya maksiat. Hal ini kerana, seseorang yang belum halal akan mudah terjerumus kepada kemaksiatan. Oleh itu, dengan membuat keputusan berkahwin muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan zina,” katanya.
Perancangan dua keluarga ini boleh menyumbang kepada penjimatan kos dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Perkara ini boleh menjadi ikutan golongan belia masa kini.
Comments
Post a Comment