Mahasiswa bekerja sambilan demi meringankan beban keluarga

Oleh Nurul Asyikin Aziz & Nor Sulaika Mohamed

Fadhilah Abdullah sedang bekerja sambilan sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian. - Foto Sulaika Mohamed

NILAI: Mahasiswa bekerja sambilan demi meringankan beban keluarga yang terjejas sumber pendapatan sejak negara ini dilanda pandemik Covid-19.

Menurut seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fadhilah Abdullah, 21, berkata dia bekerja sambilan sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian yang berdekatan dengan rumahnya di Pasir Tumboh.

Dia mengambil keputusan untuk bekerja sambilan kerana kurang mendapat sokongan kewangan bagi menanggung kos pembelajarannya. Fadhilah juga berkata, “tindakan itu juga dapat meringankan bebanan kewangan yang ditampung oleh kedua ibu bapa saya”.

“Saya dapat membeli barangan keperluan dengan menggunakan pendapatan sendiri tanpa meminta wang daripada ibu bapa saya,” katanya. Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, dia juga pernah bekerja sambilan sebagai jurujual pada semester yang lalu di sebuah kedai runcit semasa berada di Kolej Kediaman Nilam Court, Nilai Impian demi mendapatkan wang saku. 

Fadhilah berkata, dengan bekerja dia dapat mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan sehariannya, disamping boleh menimba ilmu dan pengalaman semasa bekerja di kedai pakaian tersebut sebagai persediaan untuk masa akan datang selepas menamatkan pengajian.

Penuntut jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia, Suhaib Shafie, 22, pula berkata dia mengambil keputusan untuk bekerja sambilan kerana mahukan kehidupan yang lebih selesa tanpa mengharapkan tanggungan daripada ibu bapanya.

“Waktu pekerjaan saya sebagai penghantar makanan Foodpanda di sekitar kawasan Nilai sangat fleksibel dan biasanya saya akan memulakan penghantaran makanan pada waktu pagi atau lewat petang lebih kurang lima ke lapan jam sehari,” kata Suhaib Shafie.

Bercerita lanjut, Suhaib yang menetap di rumah sewa berhampiran dengan USIM berkata, perkerjaannya itu juga sedikit sebanyak dapat memberikannya pengalaman walaupun berisiko dan terdedah kepada sebarang bahaya di atas jalan raya.



 

Comments