Kemeriahan suasana floating markets of Kelantan. - Foto OHBULAN!
TUMPAT: Keunikan Pantai Suri yang terletak di daerah Tumpat, Kelantan telah mendapat perhatian pelancong sejak ianya mula beroperasi. Malahan suasana di pasar terapung itu juga dikatakan mirip dengan pasar terapung di Hatyai dan Bangkok, Thailand.
Menurut Ahmad Aslam Kamaruzzaman, salah seorang peniaga di Pantai Suri yang juga merupakan mahasiswa tahun akhir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, seramai 20 peniaga tempatan yang berasal dari Kampung Pantai Suri yang berniaga dari atas sampan. Tambahnya lagi, faktor yang mendorongnya untuk berniaga di situ adalah disebabkan oleh tempatnya yang strategik dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang popular.
Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung di sini pula, Nur Fateha Badarul Hisham berkata, pengunjung boleh menikmati hidangan makanan di meja yang disusun di bawah pohon-pohon kelapa atau boleh memilih untuk duduk bersila di atas tikar yang disediakan.
“Sekiranya bertuah, kadang-kala pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan tradisi Kelantan iaitu Dikir Barat dan pertandingan 'Ayam Kokok' yang sememangnya menjadi hobi masyarakat di sini,” katanya.
Comments
Post a Comment