Ketahui punca sakit jantung di Malaysia

Oleh Nur Cahaya Tuah & Nurul Aida Poat

Foto menunjukkan serangan jantung yang menyerang individu. - Foto bharian.com.my

MALAYSIA: Mutakhir ini, kadar peningkatan pesakit jantung di Malaysia semakin tinggi melibatkan golongan warga emas mahupun belia disebabkan kecuaian mereka terhadap punca-punca wujudnya sakit jantung ini.

Pengamal perubatan am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung juga berpunca daripada stres lebih-lebih lagi dalam kalangan orang muda. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

Masalah jantung juga berpunca daripada faktor keturunan dimana anggota keluarga lain memiliki penyakit jantung maka keturunannya juga kemungkinan mengalami penyakit yang sama, dan genetik boleh mempengaruhi risiko penyakit jantung dalam banyak cara.

Selain itu, sakit jantung boleh berlaku disebabkan oleh darah yang membeku atau dikenali sebagai 'thrombus' dan ianya berpunca daripada saluran darah yang menebal disebabkan oleh kolestrol yang terkumpul pada bahagian tersebut sehingga menyebabkan benjolan dan mudah pecah. Oleh sebab itu, 90% daripada punca sakit jantung adalah berasal daripada darah beku.

Adalah penting untuk kita melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi pengesanan awal terhadap sakit jantung, serta setiap individu haruslah memperbaiki gaya hidup bermula dari sekarang dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat bagi mengatasi penyakit jantung daripada terus meningkat di Malaysia.


Comments