Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia

 Oleh Nur Atiqah Nabilah Mat Shah & Nurnabilah Syafiqah Mohd Nazri

Varian Omicron. - Foto AFP

IPOH: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun dan merupakan seorang pengembara bukan warganegara yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 yang lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak, dan telah didapati positif COVID-19 pada 19 November lepas, dan telah selesai menjalani kuarantin kendiri pada 29 November yang lalu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kes varian Omicron itu dikesan di antara tarikh 11 November hingga 28 November 2021 yang lepas apabila ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif COVID-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kes itu telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order) di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah dengan menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Katanya lagi, pengesanan kontak rapat, ujian saringan dan kuarantin wajib, telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu yang melibatkan seramai lima orang, dan didapati pada saringan awal mereka kesemuanya negatif.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar USIM turut terkesan dengan penemuan varian Omicron yang baharu ini kerana ianya tidak langsung menunjukkan sebarang simptom seperti varian Delta yang sebelumnya iaitu dengan adanya simptom seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya. 

Varian Omicron ini amat menghantui Malaysia terutama sekali di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana masyarakatnya yang seringkali menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sesuatu tempat yang akan mengundang banyak risiko jangkitan. Jadi, varian Omicron ini amat merisaukan semua pelajar USIM khasnya dan seluruh dunia amnya agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.



Comments