Pihak KPDNHEP membuat tinjauan di sebuah pemilik peniaga sayur hari ini. - Foto Syahir Rahim
TANAH MERAH: Isu kenaikan harga barang dikhuatiri para pengguna terutamanya pengusaha kebun sayur-sayuran ekoran daripada pandemik Covid-19, semasa Pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) baru-baru ini.
Pengusaha kebun berkata, “Barang-barang yang diperlukan dalam sektor pertanian seperti baja, benih, ubat serangga, pembungkusan sayur-sayuran dan sebagainya turut serta mengalami kenaikan harga.”
Menurutnya juga, mengakui musim hujan lebat dan musim tengkujuh yang berlaku akhir-akhir ini turut menyebabkan kenaikan harga sayur-sayuran.
Antara sayur-sayuran yang melonjak naik ialah sawi, timun jepun, cili, kubis, kacang panjang, terung, brokoli dan lobak merah. “Paling ketara kenaikan harga cili daripada RM15 kepada RM 25 sekilogram, manakala timun naik kepada RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram sebelum ini,” kata pengunjung kepada pemberita.
Salah seorang pengunjung, Kamariah Hassan, 40, memberitahu bahawa dia lebih suka membeli di pasar pagi berbanding di pasar raya kerana di atas faktor harga yang lebih murah. "Bagi mereka yang beli dalam jumlah sedikit mungkin tidak rasa kenaikan harga,” jelasnya berharap kenaikan harga itu dapat dikawal oleh pihak berkuasa.
Isu kenaikan harga barang ini perlu dikaji oleh pihak berkuasa seperti KPDNHEP untuk mengenalpasti punca atau sebab kenaikan harga barang ini.
Pihak KPDNHEP juga akan melakukan tinjauan di pasar-pasar untuk memantau harga barang basah supaya tiada kenaikan harga yang terlalu mendadak. Sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga, ia akan diambil tindakan yang tegas.
“Pihak kami tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga barang sesuka hati,” tegas pegawai KPDNHEP.
Walaubagaimanapun, isu kenaikan harga barang ini juga turut menjejaskan para peniaga kerana mereka terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi untuk mendapatkan stok barangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kerugian kerana pembeli tidak membeli barang jualan mereka disebabkan harga yang dikenakan terlalu mahal.
Comments
Post a Comment