Oleh Asyirah Homaidi & Sufaiyah Ari
Aiman Homaidi, 32, seorang graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2014. - Foto Aminuddin Yusuf
BANGI: Aiman Homaidi, 32, merupakan salah seorang graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sedang bertarung nyawa mengharungi anxiety akibat kemalangan.
Penyakit anxiety ini akan menyebabkan seseorang berhenti melakukan sesuatu yang digemari. Pada tahap yang serius, seseorang mungkin menjadi takut untuk melintas jalan sehinggakan ada yang tidak mahu meninggalkan rumah.
“Saya mendapat tahu bahawa saya menghidap anxiety selepas berlaku kemalangan sehingga menjadikan saya tidak dapat berjalan selama empat belas hari," katanya.
Dalam temu bual tersebut, Aiman juga menyatakan bahawa penyakit anxiety boleh menjadi sebahagian dari penyakit mental yang lain termasuk masalah tekanan selepas trauma. Disebabkan itu, selepas kejadian kemalangan tersebut beliau tidak dapat bernafas dengan normal seperti orang yang lelah.
“Kerana keyakinan diri makin hari makin susut saya tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa, sampaikan kesalahan kecil yang dilakukan isteri saya atau anak-anak membuatkan saya kecewa dan berfikiran negatif. Oleh disebabkan itu, anxiety saya semakin kuat," ujar beliau.
Selain itu, Aiman juga bersyukur dengan sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan, terutama isteri beliau yang bersabar dengan sikap beliau yang sentiasa berubah.
Kata Aiman, kadang-kadang penyakit ini membuat saya tidak fokus dan sukar untuk mengawal situasi murid semasa pembelajaran secara maya, agak menjadi satu cabaran dalam melaksanakan tugasan saya dengan sempurna.
Walaupun pelbagai kesukaran yang ditempuhi olehnya tetapi sokongan dan kata-kata semangat dari isterinya membuat Aiman merasa tidak kesendirian dan sentiasa berfikiran positif. Tambahan, pihak sekolah juga turut memberi pertolongan dan kata-kata semangat untuknya.
“Selepas saya menceritakan masalah saya kepada pihak majikan, mereka terus berusaha mencari pakar psikologi untuk membantu memulihkan kesihatan saya," katanya.
Setelah beberapa kali beliau menyertai siri bengkel yang ditaja oleh pihak majikannya, Alhamdulillah keadaannya sekarang lebih sihat dan tidak seteruk sebelum ini.
.
ReplyDeleteSemoga Ustaz Aiman Homaidi cepat sembuh dari segala penyakit,
dan kembali sihat wal afiat seperti sediakala,
serta dipermudahkan segala urusan Ustaz Aiman Homaidi sekeluarga..
Aamiin Ya Allah..
.