Oleh Nur Jamilin Rashidah Jasmi & Nurathirah Mahamad Mahazan
Dr. Suriani Othman bersama dua buah buku hasil karya beliau. - Foto Dr.Suriani Othman |
NILAI: Dr. Suriani Othman, 42, merupakan pensyarah bagi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang kewartawanan.
Memegang jawatan sebagai pensyarah yang saban hari sibuk dan mempunyai jadual kelas yang agak padat serta pelajar yang ramai, tidak menghalang Dr. Suriani untuk menghasilkan karyanya sendiri.
Beliau berkongsi tentang pengalaman beliau dalam bidang penulisan seperti sejak bilakah beliau mula berkecimpung dalam bidang penulisan dan cabaran serta memberi nasihat kepada bakal penulis yang ingin berkarya.
Dr. Suriani membuat penulisan buku dan penulisannya popular dalam media. Beliau telah bermula menulis seawal di tingkatan dua iaitu menulis karya dalam surat khabar dan majalah. Kemudian, beliau terus menulis sehingga ke hari ini dan di dalam media sudah ada sebanyak 300 penerbitan termasuk di China dan Taiwan. Beliau telah pun mempunyai 11 buku yang ditulis secara solo dan 12 buku sebagai editor iaitu karya akademik dan juga karya sastera.
“Saya mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan solo dan media popular,” katanya.
Di samping itu, cabaran yang dihadapi olehnya ialah masa. Beliau berhadapan dengan cabaran untuk konsisten dalam menyiapkan sesebuah karya iaitu kurangnya konsistensi dalam menulis karya disebabkan oleh kekangan masa yang ada dan mengikut perancangan jadual untuk menulis karya.
Di akhir wawancara, Dr Suriani Othman juga memberi pesanan. Sebagai pengkarya dalam bidang penulisan haruslah menitikberatkan kepada jurnal yang ingin ditulis. Sesebuah penulisan itu perlulah bersifat ‘current’ dan mengikut perkembangan terkini. Memperbanyakkan bacaan karya-karya sastera yang baik boleh dijadikan sebagai contoh dalam sebuah penulisan. Jadi, pesanan beliau adalah perlu memperuntukkan masa untuk menulis sesebuah karya. Penulisan yang baik memerlukan jadual dan disiplin diri yang tinggi.
Comments
Post a Comment