“Usah pedulikan bualan orang, rezeki Allah itu luas”

Oleh Nurul Nabihah Azlan & Siti Zubaidah Azman

Fathanah binti Jah-Asee ketika belajar di USIM. - Foto Fathanah

Fathanah Binti Jeh-Asae berumur 21 tahun, pelajar Usim bersalaman dengan suaminya, Mohd Rahimi Bin Ibrahim berumur 31 tahun selepas sah diijabkabulkan. - Foto Fathanah

TANAH MERAH: “Usah pedulikan kata orang, rezeki Allah itu luas,” merupakan kata-kata seorang pelajar USIM, Fathanah Jeh-asae, 21 tahun, yang sah bergelar isteri kepada pilihan hati, Mohd Rahimi, peniaga, 31 tahun, dengan sekali lafaz, pada 1 Mac 2021, di majlis tertutup patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) di Masjid Jubli Perak (Beijing) Rantau Panjang Kelantan.

Beliau berkata, tidak banyak persiapan kahwin yang dilakukan, kerana beliau dan pasangan memilih untuk mengadakan majlis dalam musim COVID. Hanya keluarga, saudara-mara dan keluarga pengantin lelaki yang dijemput bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. 

Ditanya mengenai pengurusan masa antara belajar dan kehidupan berumah tangga, Fathanah berkata, “Menguruskan masa belajar di alam perkahwinan ini sangatlah sukar bagi saya yang baru berkahwin.” Kehidupan berumah tangga banyak tanggungjawabnya di antaranya adalah tanggungjawab kepada suami dan anak-anak. 

Tambah beliau lagi, “Di alam perkahwinan ini tidak sama dengan zaman bujang dahulu.” Rutin harian beliau berubah sekelip mata, di mana beliau perlu membahagikan masa dengan bijak dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang isteri. 

Sehubungan dengan itu, antara cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri adalah “memasak”. Namun itu tidak menjadi halangan kepada beliau kerana dengan adanya teknologi, beliau mudah mencari resepi di ‘Google’ dan ‘Youtube’

 Berkongsi pandangan daripada ibu bapa beliau, Fathanah berkata, “Ibu bapa saya, mereka tiada masalah dengan keputusan saya berkahwin waktu belajar, malah mereka banyak memberi nasihat supaya kuat dan sabar dalam menempuh ujian kehidupan.”

Akhir kata, nasihat beliau sebagai seorang pelajar kepada golongan yang berhasrat untuk berkahwin pada usia muda, “Bagi saya, jika jodoh awal, tiada masalah.” Namun, beliau mengingatkan bahawa seseorang individu perlu kuatkan diri, sentiasa berfikiran positif dan usah ambil peduli dengan apa yang orang katakan kerana rezeki Allah itu luas. 

Comments