“Kami umpama diberi peluang kedua untuk hidup selepas dibenarkan beroperasi”

Oleh Muhd Arif Che Mahadi & Muhd Amar Hashim

Kompleks Sukan Tunku Najihah kembali beroperasi setelah hampir setahun tutup akibat wabak COVID-19. - Foto Mynewshubtv

A person sitting on the ground

Description automatically generated with low confidence
Gambar saudara Ammar Latiff, mahasiswa tahun 3. - Foto Ammar Latiff

NILAI: Ammar Latiff, 21, merupakan seorang mahasiswa USIM tahun 3 berkata, beliau telah menggunakan gim di Kompleks Sukan Tungku Najihah Universiti Sains islam Malaysia hampir setahun, tetapi dek kerana wabak yang melanda hampir 2 tahun, beliau terpaksa berhabis duit untuk membeli sedikit kelengkapan alat-alat gim dan menyediakan mini-gim di rumah demi mengekalkan ‘fitness’ badan.

Menurutnya, beliau merasa gembira apabila pusat gimnasium dibuka kembali beroperasi dan menjemput mahasiswa/wi untuk sama-sama memeriahkan lagi Pusat Sukan USIM yang disediakan oleh pihak USIM sendiri. Beliau juga menyeru agar semua pihak sama-sama menjaga diri dan keluarga dimana sahaja keberedaan kita dengan sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ini adalah satu langkah yang bijak dengan kembali beroperasi di USIM setelah hampir dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19. Dengan ini, pelajar mahupun ‘staff’ boleh menggunakan gimnasium tersebut dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Gimnasium bukanlah lagi halangan buat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menikmati dan menggunakannya di dalam kampus tersebut. USIM  dengan kerjasama Pusat Sukan USIM telah pun membuka kembali pusat gimnasium kepada pelajar.

Pengerusi Belia dan Sukan USIM, Encik Fitri Salim ketika dihubungi berkata, gimnasium kembali beroperasi sejurus KKM membenarkan aktiviti sukan secara fizikal dibenarkan beroperasi. “Kami umpama diberi peluang kedua untuk hidup selepas dibenarkan beroperasi, ’’ katanya.

Menurutnya, jadual dan pematuhan SOP amat dititikberatkan dalam melawan wabak Covid-19 ini. Pengguna haruslah ‘scan’ aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam premis dan suhu tidak boleh melebihi 37.5° Celcius. Beliau berkata lagi, penjarakan sosial adalah wajib ketika melakukan aktiviti riadah, begitu juga pengguna dilarang keras untuk berkongsi air minuman, pakaian, makanan, tuala, dan peralatan peribadi. 

“Dengan pematuhan SOP yang ketat, dan dalam norma yang baru, saya yakin bahawasanya mahasiswa boleh mengekalkan kesihatan diri di samping menjaga diri bagi mengekang gejala yang kita hadapi buat masa kini,’’ tambah Encik Fitri Salim, Pengerusi Belia dan Sukan USIM.


 

Comments