Johor hanya rekod satu kes taun

 Oleh Afwa Tuan Mat & Hanis Hussin

Gambar hiasan. - Foto Google 

TANGKAK: Hanya satu kes kolera atau taun yang berlaku di Tangkak pada tahun 2015 sejak enam tahun lalu sehingga hari ini.

Tiada kes taun lagi yang dikesan di Johor selain dari kes pada tahun 2015 sehingga sekarang. Wabak ini hanya dikesan pada tahun itu sahaja dan bermula dari tahun 2010 sehingga 2021 tiada sebarang kes dilaporkan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata untuk mengelakkan dari wabak ini merebak, orang ramai haruslah mendapatkan bekalan air dari sumber yang dirawat .

“Wabak ini merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria kolera yang dibawa oleh air dan makanan. Penyakit ini juga merebak melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar,” katanya.

Mereka yang dijangkiti oleh penyakit ini akan mengalami cirit-birit dan muntah. Jika seseorang yang dijangkiti wabak ini sehingga dibiarkan lama tanpa sebarang rawatan, ianya boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, orang ramai perlulah berwaspada terhadap penyakit ini.

Mereka yang dijangkiti dengan penyakit ini boleh dirawat dengan mengambil sumber makanan yang mempunyai zink atau pengambilan vitamin serta melakukan terapi rehidrasi Jabatan Kesihatan Selangor melaporkan terdapat kes kolera ini di Petaling pada 21 Oktober lalu. Ia melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun serta dilaporkan bahawa ia mengalami gejala cirit-birit teruk dan telah mendapat rawatan.

Comments