Jerebu semakin serius

Oleh Abdul Najid Abdullah Saloji & Mohammad Fahmi Izat Mohd Fauzi

Pemandangan berjerebu di USIM berikutan sehingga 8 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat. - Foto USIM Today

NEGERI SEMBILAN: Jerebu semakin serius di negeri ini berpunca daripada kebakaran hutan hujan di Borneo dan Sumatera disebabkan suhunya mencapai tahap tertinggi dan ada juga yang mengatakan kebakaran tersebut adalah "angkara perbuatan manusia" dan menyebabkan jerebu di negeri ini.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih menunjukkan keadaan masih serius kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200 di Negeri Sembilan. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menununjukkan sangat tidak sihat untuk penduduk di sekitar itu.

Di Nilai, sekolah-sekolah telah diarahkan untuk ditutup sebagai langkah untuk mengelakkan kesan buruk pada kesihatan pelajar-pelajar.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pula membuat keputusan untuk menangguhkan sesi pembelajaran atas dasar kesihatan kerana bacaan IPU yang sangat tidak sihat dan boleh memudaratkan pelajar universiti tersebut.

Salah seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad, 21, berkata beliau sangat terkejut dengan jerebu ini. Beliau tidak menjangkakan akan berlaku jerebu yang sangat teruk seperti ini.

“Selesai solat subuh, apabila matahari terbit, saya sangkakan kabus tetapi rupanya jerebu. Saya memang  tidak nampak kawasan sekeliling saya pada pagi itu. Jerebunya seperti kabus apabila kita berada di atas bukit pergunungan. Ternyata jerebu sangat tebal sehingga menghalang penglihatan kawasan sekeliling saya," katanya.

Kesan jerebu terhadap Malaysia adalah dijangka kehilangan berjuta-juta ringgit dalam potensi pendapatan berikutan keadaan jerebu semasa, menurut seorang pakar ekonomi.  Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, ini berdasarkan potensi kerugian daripada pekerja yang mengalami sakit dan pengurangan kedatangan pelancong.

Seorang peniaga makanan di Port Dickson, Ahmad, 42, berkata pendapatannya terjejas teruk akibat jerebu ini. Wang pendapatan harian yang selalunya mendapat hasil RM 300 sehingga RM 400 sehari tetapi akibat jerebu pendapatannya hanya puluhan ringgit sahaja. 

“Tidak ramai pengunjung yang datang ke gerai saya, selalunya pada hari bekerja pun masih ramai yang hadir ke gerai tetapi akibat jerebu, pada hari minggu pun kurang orang yang hadir. Saya rasa sangat sedih kerana pendapatan saya yang semakin berkurang akibat jerebu ini,” katanya.


 

Comments