Kebakaran yang berlaku adalah disebabkan serangan udara dari tentera rejim Israel di kawasan sekitar Sheikh Jarrah. - Foto Telegram Pemutar Tarbiah
NILAI: Satu Program Solidariti USIM untuk Palestin telah diadakan oleh pihak Pusat Kebudayaan USIM pada 27 Mei 2021 dengan menggunakan platform Google Meet.
Program ini diadakan susulan daripada berlakunya satu pembelotan genjatan senjata oleh pihak Israel ke atas Palestin. Pada hari jumaat, 21 Mei 2021, jam 2 pagi waktu tempatan genjatan senjata berkuatkuasa namun pihak Israel tidak menghormati genjatan senjata yang di persetujui antara dua pihak.
Rejim Zionis telah melanggar persetujuan tersebut tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan. Selepas solat jumaat, Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin.
Pembelotan demi pembelotan yang dilakukan oleh pihak Israel telah membuatkan warga USIM muak dengan helah mereka. Oleh itu, program solidariti ini diadakan untuk menunjukkan ekspresi rakyat Malaysia yang murka dengan tindakan Israel serta untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin.
Program munajat secara maya ini telah menjemput beberapa pelajar antarabangsa USIM yang berbangsa Palestine dan beberapa buah negara lain serta rakyat Malaysia yang terdiri daripada artis terkenal dan orang awam untuk bersama-sama membantu perjuangan solidariti ini.
Acara program bermula dengan ucapan dari Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed yang menyeru orang ramai untuk menggunakan segala platform seni yang ada untuk menentang kekejaman Israel. Beliau juga berkata, "Suara-suara semangat menentang keganasan harus ditonjolkan dalam pelbagai bentuk".
Seterusnya turut diadakan persembahan nasyid, sejarah baitulmaqdis dan deklamasi puisi yang disertai oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor serta dari pelajar antarabangsa USIM dengan mengunakan bahasa ibunda negara masing-masing.
Satu sesi khas yang dihadiri oleh pelajar antarabangsa USIM yang berasal dari Palestin, Shehab Heba Am yang berkongsi keadaan keluarganya di Palestin juga turut terkena tempias dari serangan Israel yang bertubi-tubi. Heba mengatakan keyakinan beliau terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak USIM dan negara sekitar sedikit sebanyak dapat membantu usaha membebaskan Palestine dari kekejaman Israel.
Comments
Post a Comment