Facebook pembawa rezeki peniaga ‘frozen food’

Oleh Nur Ain Nadhirah Azhar & Siti Nur Athirah Jaya

Karipap merupakan antara 'frozen food' yang dihasilkan oleh Puan Norli. - Foto Ain Nadhirah 

PEKAN: Peniaga wanita bernama Norli binti Ismail menggunakan media sosial ‘Facebook’ sebagai medium penjualan ‘frozen food’ beliau mendapat sambutan hangat.

Puan Norli juga bekerja sebagai seorang kerani di Hicom Automotif tetapi tetap kuat untuk mencari rezeki sampingan dengan menjual ‘frozen food’. Berkat kemahiran peniaga kecil ini dalam membuat makanan, beliau sudah menjalankan perniagaannya selama 3 tahun.

“Saya menjadikan Facebook sebagai platform utama meniaga ‘frozen food’ kerana tanpa media sosial, amat sukar untuk mendapatkan pelanggan yang banyak. Media sosial 'Facebook' yang sedia ada ini lebih senang untuk diakses berbanding media sosial lain yang saya kurang mengetahui cara penggunaannya,” jelasnya.

Perniagaan ‘frozen food’ ini dilakukan secara pembayaran dalam transaksi jual beli ‘online’ atau ‘cash on delivery’ (COD) di kawasan yang berhampiran sahaja iaitu di kawasan Pekan, Pahang.

Jenis makanan ‘frozen food’ yang dijual ialah karipap, temosa dan donut yang diletakkan harga RM3 untuk setiap paket makanan tidak termasuk dengan kos penghantaran. Menurut Puan Norli, beliau kerap menerima maklum balas daripada pelanggan bahawa mereka berpuas hati dengan kualiti dan kesedapan rasa makanan yang dihasilkan.

“Sukar untuk menganggar bilangan pembeli dalam sehari tetapi paling banyak pernah dijual ialah lebih daripada tujuh buah rumah telah menempah ‘frozen food’ dari saya,” tambahnya lagi.

Bagi pelanggan yang berdekatan dengan kawasan Pekan, Pahang yang ingin menyokong bisnes 'frozen food' beliau, menempahnya atau ingin menanyakan persoalan yang lebih lanjut, pelanggan dialu-alukan untuk singgah ke laman media sosial 'Facebook' Puan Norli, 'Norli Ismail'.

Comments