USIM menekankan SOP ketat kepada pelajar

Oleh Tasniim Hasri & Maisarah Surani

Pihak yang bertugas ketika pendaftaran para pelajar USIM di kolej kediaman Nilam Court, Nilai di samping penjagaan SOP yang rapi. - Foto Instagram @usimofficial.

NILAI: Pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak ketinggalan dalam meningkatkan penjagaan SOP yang ketat kepada para pelajar memandangkan pelajar sudah boleh kembali ke kampus bermula daripada 15 Oktober 2021.

Menurut saudari Atikah binti Zulkiffly, Pengerusi Jawatankuasa Siswa Kolej Kediaman Acacia Avenue, telah berkongsi beberapa senarai SOP kepada pelajar yang ingin kembali ke kolej kediaman USIM. 

Antaranya ialah memastikan pelajar telah cukup dua dos sekurang-kurangnya bagi setiap jenis vaksin yang telah diambil apabila pulang ke kolej kediaman. Seterusnya, pihak USIM memastikan pelajar membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) ketika mendaftar masuk ke kolej.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak USIM berusaha menjalankan SOP yang ketat demi keselamatan pelajar-pelajar sepanjang berada di kampus. Jika ada pelajar yang didapati positif Covid-19, maka beberapa langkah akan diambil.

Pihak Pengurusan Kolej Kediaman USIM akan memastikan aduan tentang pelajar yang bergejala disampaikan kepada Felo, Majlis Perwakilan Pelajar yang bertugas dan Pusat Kesihatan Universiti untuk makluman dan tindakan lanjut lalu memastikan pelajar melakukan kuarantin kendiri di rumah kediaman dengan sebaiknya.

“Tidak lupa juga untuk sentiasa bertanyakan status pelajar yang positif dan minta pelajar maklumkan jika mempunyai apa-apa masalah,” katanya.

Dalam suasana yang berisiko ini, semua pelajar diharapkan untuk terus menjaga SOP dan kesihatan diri walau di mana pun berada.

Comments