NILAI: Kes pertama jangkitan virus 'corona' telah dicatat di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pada 29 Oktober 2021 akibat penularan wabak COVID-19 melibatkan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang tinggal disana.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman Nilam Court, Tengku Sarah Binti Tengku Md Fauzi berkata, seramai 5 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19 apabila virus tersebut mula menular di KKNC akibat jangkitan dari luar kawasan yang dibawa masuk kedalam kolej kediaman dan mula tersebar dalam kalangan pelajar.
Beliau juga mengatakan, seramai 87 orang kontak rapat dikuarantin di unit kediaman masing-masing manakala yang positif pula ditempatkan di bilik khas di KKNC berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi menangani penularan wabak ini. Pihak Pengurusan KKNC juga telah mengagihkan makanan kepada mereka yang dikuarantinkan di unit kediaman masing-masing bagi mengurangkan kadar pergerakan mereka manakala pergerakan pelajar-pelajar lain seperti biasa. Jika jangkitan pelajar adalah berskala besar, pergerakan pelajar lain akan disekat seketika sementara menunggu keputusan ujian COVID-19 daripada pelajar yang dijangkiti.
“Selain itu, sepanjang musim COVID-19, pihak atasan telah menetapkan beberapa SOP yang para pelajar perlu patuhi, antaranya sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa menjaga SOP jika keluar dari kolej dan melaporkan terus kepada FELO atau JAKSA jika mempunyai simptom COVID-19,” katanya.
Menurutnya juga, pihak KKNC telah menghadkan pergerakan waktu pelajar untuk keluar dari jam 11 pagi sehingga 7 petang sahaja. Selain itu, pelajar juga tidak dibenarkan untuk keluar pulang bermalam kecuali jika ada berlaku kecemasan. Semua pelajar yang hendak masuk ke kolej diwajibkan untuk melakukan 'Test COVID' sebelum masuk ke dalam kolej kediaman. Seterusnya, jika ada kes yang melibatkan ramai orang, pihak kolej akan menahan semua pelajar daripada melakukan aktiviti luar kolej sehingga dapat mengenalpasti status COVID mereka sama ada kontak rapat atau tidak.
“Kebebasan kami untuk keluar agak terbatas disebabkan penularan wabak dalam kalangan pelajar. Perasaan kami ketika ini agak takut untuk berjumpa rakan-rakan,” luah seorang pelajar yang tinggal di kolej kediaman tersebut.
Jelasnya, status dan keadaan semasa COVID-19 di KKNC sekarang dalam keadaan terkawal. Terdapat satu kes kontak rapat yang sedang kuarantin kendiri di rumah yang disediakan dan akan tamat kuarantin pada hari Isnin 13 Disember 2021.
Comments
Post a Comment