KELANTAN: Nur Ashbil Aida, 21, seorang mahasiswi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menjalankan perniagaan secara dalam talian sejak pada bulan Mac tahun 2020 yang lalu, pada masa yang sama beliau sudah memasuki semester dua pengajian.
“Saya memang minat berniaga, cuma pada tahun sebelum ini, saya tidak berkesempatan untuk memulakan bisnes ini kerana terdapat beberapa kekangan dan halangan yang saya hadapi,” katanya.
Semasa temubual beliau, beliau sangat mengidolakan usahawan yang berjaya iaitu Noor Neelofa Mohd Noor yang merupakan pengasas Naelofar Hijab. Bagi beliau, Neelofa sangat memberi inspirasi kepadanya untuk terus berusaha dan tidak mengenal erti putus asa.
“Saya sedia menerima tempahan gubahan bunga duit, gubahan coklat untuk majlis seperti majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan juga majlis graduasi. Saya menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar gubahan kepada pelanggan yang berminat dan saya juga ada membuat servis 'surprise delivery' kepada mereka yang ingin membuat tempahan,” ujarnya lagi.
Menurutnya, beliau sangat tekad untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa beliau dalam menampung kos perbelanjaan pembelajaran beliau sepanjang tempoh pengajian. Beliau juga berpendapat bahawa dengan berniaga dalam talian ini, adalah cara yang terbaik baginya untuk menjana pendapatan sebagai seorang pelajar kerana ia tidak mengganggu waktu untuk belajar.
Selain daripada itu, beliau menguruskan perniagaannya seorang sendiri dan ibu bapa beliau juga turut membantunya jikalau menerima tempahan yang begitu banyak. Beliau berhajat pada suatu hari nanti dapat membuka cawangannya sendiri. Buat masa ini, beliau hanya berniaga atas talian menggunakan platform seperti Instagram dan Facebook.
“Perancangan saya setelah graduan, saya bercadang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang yang saya ceburi serta mengembangkan lagi perniagaan yang saya jalankan sekarang. Kerana bagi saya, berniaga juga dapat jana pendapatan yang lumayan dan dengan pendapatan yang saya peroleh itu sedikit sebanyak mampu membantu keluarga saya,” ulasnya.
Sebelum mengakhiri temubual, beliau ada menyatakan nasihat kepada pelajar-pelajar lain yang ingin memulakan perniagaan supaya sentiasa berfikiran jauh dan berusaha mewujudkan peluang baharu bukan menunggu peluang yang jatuh ke riba.
Comments
Post a Comment