Oleh Nazira Sharani dan Hasniera Zaid
NILAI: Hasil temu bual seorang bekas pelajar baru-baru ini mendapati segelintir pelajar yang menuntut di sebuah Universiti Awam (Universiti Sains Islam Malaysia) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan lebih memilih berjalan kaki berbanding menggunakan kemudahan awam untuk bergerak dalam kawasan kampus kerana bagi mereka berjalan kaki mampu menjamin hidup yang sihat.
Siti Hanisah Mat Saad, 26, merupakan seorang bekas penuntut Universiti tersebut berkata, berdasarkan daripada pengalamannya bersama rakan-rakan bahawa aktiviti berjalan kaki boleh menjimatkan masa mereka daripada menunggu bas ke fakulti. Berjalan kaki juga bagus untuk kesihatan kerana ianya merupakan aktiviti yang mudah untuk diamalkan oleh setiap orang.
Tambahnya lagi, banyak lagi kelebihan berjalan kaki yang seharusnya diamalkan oleh setiap individu terutamanya bagi golongan pelajar. Bagi individu yang kurang gemar bersukan juga mampu melaksanakan aktiviti ini. Banyak manfaat yang akan diperolehi bahkan bukan sahaja dari segi dalaman, malahan ianya juga mampu mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan pelajar.
Perkara tersebut dibuktikan oleh Rosnita Binti Ali, 39, yang merupakan seorang jururawat. Beliau berkata apabila seseorang berjalan kaki, ianya secara tidak langsung akan melancarkan pengaliran darah. Dengan berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko obesiti kerana tenaga digunakan sepenuhnya ketika berjalan (sumber tenaga daripada lemak). Beliau menjelaskan perkara ini ketika di temu bual melalui aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, beliau ada menjelaskan manfaat lain yang akan diperoleh bagi seseorang yang gemar berjalan kaki seperti mampu mengurangkan tekanan dan mengubah emosi seseorang. Apabila seseorang itu berjalan kaki dengan posisi yang betul, ia mampu mengurangkan tekanan, terutama bagi individu yang bergelar pelajar. Sebagai seorang pelajar, mereka perlu melakukan aktiviti ini selepas seharian penat belajar.
Beliau menasihati pelajar di luar sana untuk melakukan aktiviti berjalan kaki sambil menghirup udara segar serta mendedahkan diri dengan kawasan yang dipenuhi kehijauan setidaknya ia mampu mengubah emosi seseorang.
Pada masa yang sama, berjalan kaki dapat membantu mewujudkan pemikiran yang lebih kreatif. Berjalan dapat menghasilkan lebih banyak idea dalam menyelesaikan masalah, terutama jika berjalan di kawasan yang tenang seperti di kawasan taman.
Comments
Post a Comment