Oleh Azreen Shahrim & Husaini Amali
PUCHONG: Demi menjaga ibu dan bapanya yang sakit, seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik membuat keputusan untuk berhenti belajar pada awal tahun ini.
Disaat generasi muda kini yang berusaha untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, Qamar Aiman, 21, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga dan merawat ibu dan bapanya daripada melanjutkan pelajaran.
Qamar Aiman, berkorban bagi membantu ibunya Fatimah Said, 58, yang menghidap penyakit kencing manis dan jangkitan kuman pada paru–paru dan ayahnya Mohd Yusof, 66, menghidap penyakit kencing manis, gout dan darah tinggi.
Dia perlu menjaga dan menguruskan ibu dan bapanya manakala abang-abangnya perlu berkerja untuk menyara keluarga.
Anak bongsu dari enam beradik ini berkata, dia mengambil peranan mengemas rumah, memasak, dan menghantar ibu dan bapanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan seminggu sekali.
“Saya sebagai anak semestinya mengutamakan ibu dan ayah saya, saya mahu membalas budi mereka kerana mereka yang membentuk saya dari kecil dan saya sangat yakin pasti ada hikmah sebalik ini.”
“Saya tidak pernah menyesal keputusan yang saya pilih ini, kerana bagi saya kedua ibu dan bapa saya adalah keutamaan saya,” katanya.
Comments
Post a Comment