NILAI: Seramai tiga orang pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) telah menerima anugerah khas pada 16 November yang lalu dalam Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis USIM bagi tahun 2021.
Menurut ketua Skuad 13, Inspektor Kehormat Suksis (KS) Ahmad Zuhairi Fauzan bin Mohd Taufeek berkongsi serba sedikit tentang kelayakan mereka yang telah menerima anugerah tersebut sememangnya sesuai dari segi sikap, nilai murni, kerjasama dan keaktifan yang telah ditunjukkan.
"Untuk Anugerah Pelatih Terbaik Akademik iaitu Insp/Ks Suraya Natasha, beliau mencapai "pointer" yang baik dalam skuad dan juga CGPA paling tinggi dalam akademik iaitu di dalam peperiksaan USIM," katanya.
“Sebagai satu skuad yang hebat, mereka dididik oleh jurulatih dan pegawai supaya sentiasa bijak dalam membahagikan masa serta menyeimbangkan pembelajaran akademik dan aktiviti kokurikulum,” tambahnya lagi.
Anugerah yang diterima oleh mereka pada majlis pentauliahan itu berlangsung merupakan kejayaan yang amat berharga untuk diingati kerana hasil kesabaran dan ketekunan mereka dalam menempuhinya telah membuahkan hasil yang sangat bermakna.
Melalui perkongsian Insp/Ks Aiman Syafiq Bin Zaidi yang merupakan mahasiswa tahun 4, jurusan Bioteknologi Makanan, tentang pengurusan masanya dalam Suksis dan pembelajaran di kelas iaitu beliau akan senaraikan semua tugasan yang diberikan sama ada untuk Suksis mahupun pembelajaran di kelas dan selepas itu, beliau akan dahulukan kerja yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum buat tugasan lain.
"Bagi saya Suksis tidak mengganggu pembelajaran pun kerana ia bergantung pada orang itu tentang bagaimana caranya menguruskan masanya sendiri. Kalau masanya disusun dengan betul, maka akan memudahkan lagi pekerjaannya," kata Insp/Ks Muhammad Hariz pula.
Secara keseluruhannya, seramai 69 orang pelatih telah ditauliahkan sebagai Insp/Ks pada hari yang sama.
Comments
Post a Comment