LUMAJANG, INDONESIA: Amukan Gunung Berapi Semeru sekitar 3:20 petang (waktu Indonesia Barat) pada Sabtu 4 Disember 2021 yang lalu menyebabkan hujan serta banjir.
Akibat daripada letusan Gunung Berapi yang memiliki ketinggian 3,676 meter dari permukaan laut itu menyebabkan penduduk kampung sekitar Kampung Sumberwuluh bertempiaran melarikan diri. Pemerintah merayu kepada penduduk Lumajang, Jawa Timur untuk berpindah sebagai langkah berjaga-jaga dengan status Gunung Semeru pada masa ini.
Mengikut data yang dicatat oleh Litbang Kompas, Gunung Semeru meletus buat pertama kalinya pada tahun 1918. Kepulan abu telah meliputi jarak dari 500 hingga 800 meter dari pusat letusan telah dilaporkan oleh Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi.
Sebanyak 43 korban telah dilaporkan setakat ini berikutan letusan daripada Gunung Berapi Semeru tersebut. Pasukan penyelamat gandakan usaha dalam mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat.
“Usaha menyelamat amat sukar dilakukan dan kami hanya menggunakan peralatan ringkas. Kemungkinan besar mayat yang belum ditemui tertimbus di bawah aliran lahar panas,” ujar Rizal Purnama, pekerja penyelamat pada sabtu lalu.
Anggota-anggota pasukan penyelamat yang lain pula membantu penduduk kampung membawa keluar barangan dan ternakan milik mereka dari kediaman masing-masing seperti tilam, perabot dan kambing.
Gunung Semeru merupakan antara 100 gunung berapi aktif yang berada di Indonesia. Letusan terakhir Gunung Semeru yang berlaku adalah pada tahun 2020 yang memaksa beribu-ribu penduduk lari menyelamatkan diri.
Comments
Post a Comment