Oleh Nor Diana Razali & Nik Saidatul Zainuddin
Gambar hiasan. - Foto Google |
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan tidak mempunyai masalah walaupun 25 tahun tanpa panggung wayang.
Pegawai Hal Ehwal Islam (MAIK), Ahmad Yunoh berkata, 25 tahun yang lepas iaitu pawagam di Kelantan terkenal dengan Panggung Lido, Panggung Odeon, Panggung Rex dan Panggung Rani. “Sekitar awal tahun 1990, kerajaan negeri Kelantan telah meletakkan syarat yang ketat kepada pengusaha dan pengunjung pawagam untuk mengelakkan masalah sosial berlaku, walaupun perbuatan tersebut dilakukan oleh sebilangan kecil penonton, namun imej negeri ini perlu dijaga dengan teliti iaitu dengan meletakkan syarat yang ketat untuk mencegah masalah sosial berlaku,” katanya. Beliau berkata, syarat yang ketat seperti tiada filem dibenarkan tayang sepanjang ramadhan dan malam jumaat, serta penonton lelaki dan wanita diasingkan tempat duduk dan lampu perlu dibuka sepanjang pawagam ditayangkan. “Ada juga mendengar khabar dari pihak lain, tekanan berterusan dari pihak kerajaan adalah salah satu punca pawagam di Kelantan kurang mendapat sambutan setelah ramai pihak yang menyatakan adanya pawagam wujud amalan tidak sihat,” katanya. “Panggung wayang di Kelantan mula tidak mendapat sambutan oleh penduduk setelah PAS memerintah negeri ini di bawah naungan arwah Tok Guru Nik Aziz walaupun hakikatnya kerajaan negeri ketika itu tidak memberi arahan untuk menutup sektor pawagam tersebut,” kata Ahmad Yunoh. Katanya lagi, pada tahun 1996 kerajaan negeri Kelantan menamatkan operasi pawagam sepenuhnya di setiap daerah negeri ini, susulan pengusaha pawagam tidak sanggup mengikuti syarat ketat yang ditetapkan oleh kerajaan PAS. “Sehingga kini, Kelantan masih tiada panggung wayang disebabkan tiada pengusaha pawagam yang sanggup mengikuti syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan pawagam yang patuh syariat Islam,” katanya kepada Usim Daily ketika ditemu ramah di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). |
Comments
Post a Comment