“Woman: Enhance, Lead, and Inspire” nafas baharu Hawa Convention 3.0

Oleh Kamaliah Izzati Alipin & Nurul Syafiqah Ismail

Antara salah satu poster daripada Hawa Convention. - Foto Instagram Hawa Convention

NILAI: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sekali lagi menganjurkan Hawa Convention buat kali yang ketiga dengan bertemakan “Woman: Enhance, Lead, and Inspire” pada 29 Oktober sehingga 3 November 2021 secara dalam talian. 

Hawa Convention merupakan salah satu program yang dianjurkan pada setiap tahun di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM. Sehubungan dengan itu, program ini dilakukan bertujuan untuk memberikan informasi dan pengetahuan yang komprehensif berkaitan dengan wanita, sama ada secara individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia. Semua informasi yang diberikan juga adalah bertujuan agar para pihak konvensyen ini dapat memainkan peranan dan bertindak secara efektif dan aktif sebagai wanita berjaya dunia mahupun akhirat. 

Dalam pada itu, program ini membawakan beberapa aktiviti untuk dipertandingkan seperti Projek Kraftangan Hawa 3.0, Multimedia Kreatif Hawa 3.0, Comic Street Hawa dan juga Pencarian Content Creator Hawa Tips and Tricks.  

Selain itu, Hawa Convention juga mengadakan pelbagai perbincangan-perbincangan menarik yang berunsurkan kesihatan, kerohanian, kepimpinan, kewangan dan kerjaya, kekeluargaan, hawa care dan sebagainya yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah USIM dan juga jemputan luar. Antara tetamu istimewa yang menghiasi Hawa Convention pada kali ini ialah Ustazah Nik Salida Suhaila, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Mohamad Zarifi dan ramai lagi.  

Menerusi slot pertama, Hawa Convention akan membawa topik khas untuk para wanita sahaja iaitu “Unseen Disease: Watch Out” yang akan dikupas oleh Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Perubatan, Klinik Pakar Kesihatan USIM Dr Fathima Begum Syed Mohideen bersama moderator, Nurfatin Aqilah binti Mohd Badrondin.  

Program Hawa Convention yang berakhir pada 13 November 2021 itu dirasmikan secara dalam talian oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM. 

Beliau berkata “Saya percaya perkara ini telah memberi banyak input yang baik kepada semua peserta. Selain memberi informasi dan juga pengalaman yang berharga yang telah dicurahkan oleh para penceramah ataupun para pengisi program”.

“Jika kita menghimpunkan kepakaran ataupun ilmu yang ada walaupun kita masih muda, tetapi InshaAllah ianya sebaik sebanyak akan mampu menghasilkan insan yang baik” ujarnya lagi. 


Comments