Wabak COVID-19 pacu perkembangan perniagaan atas talian

Oleh Nurul Artikah Ibrahim dan Raziqah Hanani Rahmat

Siti Rafitah Rakhimi, 37, yang mengusahakan trak makanan Alla Piccola Italia (API) di Presint 14, Putrajaya. - Foto daripada BERNAMA

PUTRAJAYA: Salah seorang usahawan yang terkesan dengan wabak COVID-19 adalah Siti Rafitah Rakhimi, 37, yang mengusahakan trak makanan di Presint 14, Putrajaya sedar beliau perlu mengubah strategi penjualannya dengan cara beralih kepada perniagaan atas talian jika mahu piza jenama sendiri tetap bertahan di musim wabak COVID-19 ini.

Wabak COVID-19 yang melanda dunia menjejaskan ramai orang, termasuk beberapa pekerja. Sebahagian daripada mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan malangnya ada yang kehilangan pekerjaan untuk menyara keluarga.

"Sebelum COVID-19, saya rasa tapak berniaga sepatutnya mempunyai ramai pelanggan. Namun, dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pandangan saya berubah. Pada masa itu, semua tempat terjejas akibat wabak COVID-19 ini," kata Siti Rafitah Rakhimi, 37 kepada BERNAMA.

Beliau juga berkata sebaik sahaja PKP 1.0 berkuat kuasa, beliau beralih kepada perniagaan atas talian, mengedarkan risalah ke setiap rumah, dan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk promosi.

Menurut Siti Rafitah, terdapat 14 peniaga trak makanan di kawasan ini, namun hanya empat yang masih beroperasi termasuk beliau.

"Sesetengah rakan niaga kini terpaksa mencari inisiatif lain untuk terus bekerja, termasuk menjadi pemandu e-hailing. Pada ketika ini, keuntungan bukan lagi isu keutamaan, tetapi untuk memastikan perniagaan dapat bertahan," katanya yang mengakui pelaksanaan PKP 1.0 yang memberi kesan kepadanya.

Beliau memulakan perniagaan ini dengan bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bermodalkan RM150,000. Menurutnya, mengenangkan nasib dua pekerja yang bersamanya sejak mula berniaga, semangat juangnya semakin membara.

Mengulas mengenai perniagaannya, Siti Rafitah sebelum PKP berkata, dia boleh merekodkan pendapatan jualan mingguan antara RM4,000 hingga RM5,000, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan perniagaan itu merosot kepada kira-kira RM1,000 hingga RM2,000.

Kejayaan ini secara tidak langsung mendorong lebih banyak peniaga beralih daripada kaedah tradisional kepada kaedah atas talian. Hasilnya bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga, malah kepada orang ramai khususnya yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.

Kementerian terus komited dengan agenda mewujudkan negara keusahawanan, selaras dengan hasrat Keluarga Malaysia dan usaha meningkatkan keseimbangan ekonomi di kawasan kurang membangun, dan akan mengukuhkan penekanan terhadap keusahawanan sebagai salah satu potensi yang lebih komprehensif. 


 

Comments