NILAI: Program Norma Baharu Pusat Kebudayaan USIM “Cak Lempong” yang melibatkan kumpulan Tingkah Irama USIM iaitu dianggotai seramai 13 ahli terdiri daripada 9 orang pemuzik dan 4 orang penyanyi telah disiarkan melalui rakaman video di platform media sosial rasmi Pusat Kebudayaan USIM kerana era norma baharu endemik.
Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah tempat pelbagai kegunaan bagi setiap pelajar universiti itu. Pusat Kebudayaan USIM adalah merupakan suatu pusat yang terletak di kampus USIM di Nilai, Negeri Sembilan dan dikatakan sebagai serbaguna adalah kerana Pusat Kebudayaan USIM ini merupakan tempat untuk membuat persembahan.
Kebanyakan persembahan yang menggunakan alat muzik akan dilangsungkan di pusat kebudayaan tersebut. Fasiliti yang terdapat Pusat Kebudayaan USIM boleh juga diguna pakai sebagai alatan buat persembahan.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, “Rakaman persembahan seni Cak lempong ini diadakan sebagai alternatif dan nafas baharu dalam era endemik kini, kita memahami banyak perkara dan pelaksanaan program yang masih terbatas dan rakaman ini adalah usaha kreatif untuk menggalakkan aktiviti seni berbudaya terus subur di USIM,” katanya.
Walaupun kita berada dalam norma baharu disebabkan endemik ini, namun ia tidak menjadi penghalang untuk warga Pusat Kebudayaan USIM menghidupkan lagi Pusat Kebudayaan sebagaimana yang diperkatakan oleh saudara Danish Onn Zafran bahawa latihan persembahan ini bermula sebelum berlaku endemik lagi iaitu semasa kampus masih dibuka dan mereka masih lagi bersemangat untuk menghidupkannya kembali dan mempersembahkannya untuk disiarkan secara rakaman melalui platform media sosial.
Kumpulan Tingkah Irama mempersembahkan lagu Kurik Kundi dan Cindai yang merupakan lagu-lagu yang dipilih oleh mereka kerana bagi mereka lagu tersebut merupakan lagu yang bersesuaian dengan keperluan sesebuah majlis.
Oleh itu dengan adanya persembahan Cak lempong ini juga mengingatkan kembali sejarah asal usul alat muzik ini iaitu dari Minangkabau di Negeri Sembilan sekaligus menjadikan Pusat Kebudayaan USIM terus bergiat aktif walaupun dalam era norma baharu.
��
ReplyDelete