Personaliti TV kongsi pengalaman bidang pengacaraan

 Oleh Siti Nur Najlaq Ashikin Baharum & Nor Auni Che Mohd Rosli

Ally Iskandar dan Syafinaz Yunus ketika berada di atas pentas bagi sesi ‘Forum Mahasiswa Peduli, Penyiaran Sihat’.  - Foto Instagram pestakonvousim

NILAI: Personaliti TV, Ally Iskandar dan Syafinaz Yunus berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pengacaraan kepada mahasiswa USIM, khususnya Fakulti Pengajian Bahasa Utama di bawah program Bahasa Arab dan Komunikasi iaitu pada 23 November 2019, jam 2 petang bertempat di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia.

‘Forum Mahasiswa Peduli, Penyiaran Sihat’ ini adalah anjuran daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni TD (HEPA), Prof. Madya Dr. Azlan Saiful Baharum dan telah melibatkan lebih 120 orang pelajar USIM serta seramai 15 orang ahli jawatankuasa Pesta Konvokesyen USIM, CFEST 17.

Terdapat lapan program yang menarik sepanjang Pesta Konvokesyen USIM, CFEST 17  berlangsung seperti senaman aerobik, pertandingan memasak, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, Nocturnal Run 4.0 dan perasmian Pesta Konvokesyen.

Secara keseluruhannya, objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan mengenai prospek kerjaya kepada mahasiswa USIM khususnya bagi pelajar yang mengambil bidang komunikasi.

Menurut personaliti TV, Ally Iskandar berkongsi tentang cabaran beliau dalam menghasilkan karya-karya yang berkualiti bagi menjamin kebolehpasaran rancangan itu ditayangkan. Pada dunia masa kini, rancangan ilmiah seperti TV3 dan TV Al-Hijrah bersaing dengan rancangan yang bersifat komersial seperti CJ Wow Shop dan Wow Shop untuk meraih perhatian dari penonton.

“Pada masa sekarang, kita kekurangan penerjemah Bahasa Arab dalam industri media, ” kata Syafinaz Yunus, pengacara TV Al-Hijrah. 

Menurutnya juga, mahasiswa perlu bijak dalam mengambil peluang ini dengan menggunakan platform Youtube, Instagram, Tik Tok dan Facebook bagi mencungkil bakat mereka seperti menterjemah lagu bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dengan gaya bahasa yang menarik.

Program ini diserikan lagi dengan adanya sesi soal jawab bersama para panel, Ally Iskandar dan Syafinaz Yunus. Sebagai penutup majlis, ahli jawatankuasa CFEST 17 turut mengadakan sesi cabutan bertuah kepada mahasiswa yang hadir.


Comments

Post a Comment