NILAI: Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) telah menetapkan perubahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu melalui kaedah secara atas talian yang melibatkan semua pelajar IPT termasuk pelajar antarabangsa berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin merebak ke seluruh negara.
Pelajar antarabangsa, Natsumi Tanaka, yang merupakan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan satu pilihan. Pelajar diberi pilihan sama ada mahu belajar secara atas talian ataupun pergi ke kampus. Beliau juga lebih memilih untuk belajar secara atas talian berbanding secara bersemuka.
“Sebagai seorang pelajar antarabangsa, amat sukar bagi saya untuk mengikuti kelas secara bersemuka kerana kefahaman saya dalam bahasa melayu amatlah rendah, namun jika kelas secara atas talian, lebih mudah bagi saya kerana saya dapat mengulangi rakaman pembelajaran berulang kali disamping dapat meningkatkan pemahaman saya dalam bahasa melayu,” katanya ketika ditanya dalam satu wawancara.
Disamping itu, saya fikir salah satu daya tarikan kelas dalam talian ialah saya boleh memahami mengikut kadar saya sendiri dan saya berharap agar pembelajaran secara atas talian diteruskan sehingga semester-semester yang akan datang.” Tambah beliau lagi, beliau berharap pembelajaran atas talian akan berterusan sehingga semester yang]g akan datang.
Pelajar yang mempunyai kewarganegaraan Jepun itu juga berkata, penularan COVID-19 di Malaysia semakin meningkat bahkan belum berakhir di seluruh dunia, sedikit menakutkan untuk belajar dalam kumpulan yang mempunyai risiko kematian.
Pandemik ini menjadi salah satu bukti bahawa kita perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dan mendepani apa jua situasi agar sistem pendidikan di Malaysia diteruskan dan terjamin. Seterusnya, memastikan generasi yang akan datang mewarisi barisan kepimpinan negara dan membawa negara yang maju di persada dunia.
Comments
Post a Comment