Pelajar USIM jana pendapatan melalui perniagaan dropship Al-Quran

Oleh Nurul Shahida Mohd Zin & Nur Aisyah Sabri

Antara jenis - jenis Al-Quran yang di jual oleh mahasiswi USIM yang dijalankan atas talian. 

Atas(kiri) menunjukkan kombo yang ditawarkan dan selebihnya adalah semua corak 

yang dijual. - Foto Nur Amira Faezah Sukeri


NILAI: Seorang Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah berjaya menjalankan perniagaan Al-Quran secara atas talian sehingga mampu mencecah pulangan lumayan tiga angka sebulan.


Nur Amira Fezah Binti Sukeri, 21, berkata idea untuk memulakan perniagaan dropship dengan menjual produk orang lain telah bermula pada bulan Jun tahun 2021 sekadar untuk menambah pendapatan sampingannya di universiti sahaja.


Nur Amira berkata, perniagaan dropship paling mudah mendapat keuntungan kerana kaedah penjualan yang tidak memerlukan modal, tidak berisiko, tidak perlu simpan stok dan hanya perlu fokus kepada pemasaran secara dalam talian seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp sahaja.


”Alhamdulillah, walaupun baru sahaja memulakan perniagaan secara dropship ini ,saya berjaya memperoleh jualan sebanyak RM 800 sebulan dengan hanya membuat pemasaran dan promosi penjualan produk Al-Quran terjemahan Ennur Sdn. Bhd. secara sambilan selepas kelas dan hari cuti sahaja," katanya kepada pemberita, di sini. 


Bercerita lanjut, Nur Amira berkata menerusi kejayaan itu, dia pernah melalui fasa kejatuhan, yang mana pada permulaan, dia pernah menjual produk tanpa ada seorang pembeli pun yang membeli produknya, oleh itu, dia menguatkan semangat bahawa kejayaan akan datang jika dia lebih berusaha dan bersabar kerana pada masa itu produknya belum dikenali umum lagi.


”Melalui penjualan produk dropship Al-Quran terjemahan ini, warga USIM semakin bersemangat untuk mengamalkan Al-Quran serta memahami maksudnya kerana Al-Quran yang didatangkan dilengkapi dengan huruf yang jelas serta mempunyai kod-kod warna menarik yang ditambah untuk membezakan kadar panjang bacaan,” katanya kepada pemberita.


Seterusnya,dia berkata program keushawanan di USIM juga banyak membantu dalam menaikkan minatnya serta mahasiswa lain. Sebagai contoh pada 24 Mei 2014, pelajar USIM tahun tiga Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), menganjurkan Hari Keusahawanan Kampus  dengan kerjasama Pre-Islamic Convention Entrepreneurs 10 (Pre-iCEPS 10) serta Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) pada 21 hingga 24 Mei 2014 bertempat di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP).


Antara usaha untuk menarik minat mahasiswa USIM dalam keusahawanan ini ialah, sebanyak 173 buah gerai telah dibuka oleh para pelajar daripada pelbagai fakulti yang mengambil kursus Keusahawanan. Antara gerai yang dibuka ialah gerai makanan, minuman, barang-barang terpakai malah ada juga pelajar yang menyediakan khidmat mencuci kereta dan motosikal.


Dalam pada itu, Amira juga sempat memberikan pesanan terakhirnya kepada  masyarakat di luar sana agar melakukan sesuatu perbuatan secara ikhlas, kerana setiap perbuatan ikhlas akan disusuli dengan keberkatan Allah S.W.T. Seterusnya menyifatkan bahawa sentiasa berserah diri kepada Allah, merupakan kunci utama untuk mencapai kejayaannya dalam berbisnes sehingga dia boleh berjaya pada hari ini. 




Comments