Oleh Fatin Aqmarisya Atan & Siti Nashrah Tamsir
Nabilatulkhilwa (kiri) dan suaminya, Affan bersama anak mereka Uzma Aisyah. - Foto Instagram @utusandigital |
NILAI: Sepasang suami isteri graduan USIM dianugerahkan ijazah sarjana muda bersama-sama, membawa anak mereka yang berusia 18 hari di majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-19 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Nabilatulkhilwa Khairi Ajmain, 23, dan suaminya, Affan Nadzmi, merupakan graduan Fakulti Sains Teknologi menerima ijazah sarjana muda dalam sidang konvokesyen yang sama dan dalam jurusan pengajian yang sama di Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM Nilai di sini, semalam. Kebahagiaan ini juga ditambah dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang baru berusia 18 hari dan diberi nama Uzma Aisyah Affan. Walaupun dalam keadaan berpantang, ia tidak menghalang graduan kelas pertama ijazah sarjana muda ini untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut. Walaupun pada mulanya Nabilatulkhilwa tidak ingin hadir ke majlis konvokesyen ini disebabkan keadaannya yang masih dalam pantang bersalin, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk hadir ke majlis konvokesyen atas sokongan daripada kedua ibubapanya. Nabilatulkhilwa berkongsi mengenai bagaimana perkenalan dan perjalanan mereka suami isteri dalam menerima segulung Ijazah bersama-sama di USIM. Nabilatulkhilwa berkata, kami berdua berkawan semasa di sekolah dan berjumpa semula dalam jurusan pengajian yang sama di USIM. Kemudian, kami bertunang pada tahun kedua pengajian dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Oleh kerana pengambilan jurusan yang sama, suami banyak membantu saya sehingga bergelar graduan di USIM. Di akhir wawancara, Nabilatulkhilwa berpesan, restu dari ibu bapa juga memberi impak dalam kehidupan dan kejayaan mereka di USIM. |
Comments
Post a Comment