Jerebu punca USIM tangguh kuliah

Oleh Nurul Aini Abdul Rasid & Nur Zahida Zahid

Pelajar USIM berjalan keluar dari pekarangan universiti susulan pihak pengurusan USIM menangguhkan semua sesi pembelajaran hari ini berikutan IPU yang masih berada pada tahap sangat tidak sihat. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

NILAI: Pada 17 September 2019, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menagguhkan semua sesi pembelajaran berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu yang berada pada tahap sangat tidak sihat.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan memaklumkan bacaan IPU dari pagi lagi ketika itu menunjukkan 210.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal & Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, keputusan itu diambil kerana kualiti udara telah mencapai paras yang sangat tidak sihat dan beliau sempat menasihati semua warga USIM supaya sentiasa menjaga kesihatan diri.

Beliau berkata lagi, segala sesi pegajaran perlu diganti semula mengikut masa yang bersesuaian.

Selain itu, beliau juga menasihati para pensyarah dan mahasiswa untuk lebih peka dengan kesihatan diri apabila melakukan aktiviti luar rumah.

Dr. Hassan Basri berpesan, semua kakitangan dan pelajar juga perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang gangguan kesihatan akibat jerebu seperti mengurangkan aktiviti luar, memakai topeng muka, dan mengambil air minuman yang mencukupi.

Comments