Berniaga sambil menabung untuk masa depan

Oleh Muhammad Hazrin Mohd Sin & Muhammad Aqil Akma Arman

Peniaga mengakui masih wujud kebimbangan dalam kalangan pelanggan untuk mengunjungi premis perniagaan, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka. - Foto Astro AWANI
 

NILAI: Sebahagian pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghadapi kekangan kewangan yang disebabkan oleh wabak Covid-19. Pihak kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun lalu. Pelaksanaan perintah tersebut telah menggugat kewangan para peniaga khususnya peniaga dalam kalangan pelajar universiti.

Disebabkan perkara tersebut , pelajar telah mengambil langkah yang produktif dengan cara berniaga pelbagai barangan seperti makanan, alat perlengkapan dan lain-lain lagi di gerai berhampiran dengan kolej kediaman universiti.

Selain itu, pelajar juga menggunakan alternatif lain seperti media sosial untuk mempersingkatkan masa dan memudahkan pelajar untuk memesan sesuatu barang.

Pelajar mengambil jalan perniagaan bukan kerana minat semata-mata, akan tetapi pelajar juga mengambil jalan ini sebagai penjamin simpanan kewangan mereka di masa hadapan.

Hal ini kerana perniagaan merupakan cabang ekonomi yang mana ia merangkumi dari segi aspek perdagangan, pemasaran dan sebagainya.


Comments